وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعَ طَرَاۤىِٕقَ وَمَا كُنَّا عَنِ ٱلۡخَلۡقِ غَـٰفِلِینَوَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلسَّمَاۤءِ مَاۤءَۢ بِقَدَرࣲ فَأَسۡكَنَّـٰهُ فِی ٱلۡأَرۡضِۖ وَإِنَّا عَلَىٰ ذَهَابِۭ بِهِۦ لَقَـٰدِرُونَ “Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh (jalan) di atas kamu, dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami. Dan Kami turunkan AIR hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta... Continue Reading →
TIADA PERINCIAN, ITULAH UJIAN KEIMANAN DALAM SURAH ORANG-ORANG YANG MANTAP IMAN
Shekh Dr Fadhl Hassan Abbas menerusi kitabnya قصص القرآن الكريم menjelaskan bahawa kisah Nabi Hud عليه السلام dalam surah al-Mu’minun mempunyai keunikan yang tersendiri sehingga terbatallah dakwaan yang menyatakan kerapnya kisah-kisah al-Quran berlakunya “pengulangan”. Tidak disebut nama Nabi Hud dan kaum ‘Aad mempunyai hikmah yang bersesuaian dengan tema surah al-Mu’minun itu sendiri dan kedudukan surah... Continue Reading →
MENYUBURKAN POHON IMAN AGAR MENEDUH DAN MEMBUAH
Penyebutan kalimah “aflaha” sangat tepat pada menggambarkan kejayaan orang-orang beriman selepas usaha yang keras dilakukan untuk mempertahankan iman mereka. Menurut al-Sya’rawi, “aflaha” bermaksud membelah bumi untuk merangsang pertumbuhan benih yang ditanam ke tahap yang paling maksimum. Tanpa pembelahan berkenaan, pelbagai kerosakan boleh mendatangi benih yang tertanam. Menariknya, ciri-ciri mukmin pewaris syurga Firdaus yang digariskan dalam... Continue Reading →
7 Sebab Untuk Jatuh Cinta Dengan Surah A-L-A-N-B-I-Y-A’
Setiap surah punyai keistimewaan yang tersendiri yang membezakan satu surah dengan surah yang lain. Ya, mesej Makkiyah dan Madaniyah itu kekal sama, namun bagaimana mesej itu dipersembahkan tidaklah sama. Antara keistimewaan ibrah dari paparan surah al-Anbiya’ ; A : Ambil jawapan dari mereka yang pakar (ayat 7) Inilah ayat yang sering diperingatkan agar dalam apa... Continue Reading →
TADABBUR SURAH AL-BAQARAH, AYAT 258 : KISAH NABI IBRAHIM DI HADAPAN RAJA MENGAKU TUHAN
Selepas membelek pelbagai kitab tafsir, maka ini antara buah tadabbur yang saya temui : Kalimah ألم ترى mengajar adab berinteraksi dengan kisah-kisah al-Quran. Seseorang perlu merasa ketakjuban dengan kisah yang disampaikan sendiri oleh Allah kepada kita melalui Rasul-Nya.Kalimah ألم ترى mengajar seseorang membaca kisah-kisah al-Quran seperti melihatnya berlaku di hadapan mata.Tidak disebut nama Namrud kerana... Continue Reading →
KITA YANG PERLUKAN AGAMA INI, BUKAN AGAMA INI YANG PERLUKAN KITA
KITA YANG PERLUKAN AGAMA INI, BUKAN AGAMA INI YANG PERLUKAN KITA Kita tahu ayat ini satu-satunya ayat al-Quran mengenai peristiwa di gua Thur. Pasti menarik jika diselak fakta-fakta sirah di sebalik ayat ini...Namun, tahukah anda apa yang lebih menarik ? Bincangkan kedudukan ayat ini dalam surah mana, selepas ayat mana dan timbulkan MENGAPA...Bukankah babak ini... Continue Reading →
BERSAMA SURAH AL ANBIYA’
Bagi Dr Umar Ali Hasan Arafat (2018) dalam kajiannya دلالة أسماء السور القرانية على محاورها وموضوعاتها, nama surah menunjukkan kualiti-kualiti yang mesti diambil teladan oleh para pendakwah ketika menyampaikan kebenaran Hari Akhirat kepada manusia iaitulah hikmah dalam berhujah dan kesabaran sepanjang menanggung beban dakwah berkenaan. Bagi Shekh Ali Radhi Abu Zuraiq (2017) dalam kitabnya معجزة... Continue Reading →
MENGAPA KISAH-KISAH AL-QURAN TIDAK BERGAMBAR?
Allah mencipta seni dan seniman, lalu mengapa tidak dipaparkan kisah-kisah ummat terdahulu dalam bentuk ilustrasi atau bergambar, sebagaimana galak dilakukan dalam agama ciptaan manusia kepada kisah-kisah nenek moyang mereka ? “Al-Quran tidak menceritakan sesuatu secara fotografis iaitu penggambaran yang tidak hidup. Sebaliknya, setiap ceritanya disampaikan dengan metod penyampaian yang hidup dan membuatkan peristiwa itu laksana... Continue Reading →
HIDAYAH : ANTARA SEBAB DAN MUSABBAB
Persoalan “mendahulukan dan mengkemudiankan” (التقديم والتأخير) bukanlah persoalan remeh. Bahkan ia sebahagian dari episod perbahasan panjang kemukjizatan al-Quran. Masakan tidak, dalam surah Taha, “kami telah beriman dengan Tuhan Harun dan Musa”. Dalam surah al-A’raaf dan al-Syuaraa’, “kami telah beriman dengan Tuhan Musa dan Harun”. Setiap kalimah yang dipilih sangat teliti. Setiap susunan kalimah ke kalimah... Continue Reading →
TADABBUR AYAT 24 SURAH YUSUF
https://youtu.be/n1iE3dcoc98 وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ ۖ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَا أَن رَّأَىٰ بُرْهَانَ رَبِّهِ ۚ كَذَٰلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ ۚ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ Inilah ayat yang menguji kita pelajar tafsir untuk menyaring pendapat-pendapat ahli tafsir yang pelbagai. Kekalkan bersikap pertengahan. Jangan belajar tafsir untuk sekadar berdebat dengan orang lain (yang mempunyai rujukan tafsir berbeza). Jangan... Continue Reading →