Alhamdulillah, seminar seharian bermula dengan saya berkongsi tiga sebab kenapa saya sangat menunggu seminar sehari bulanan ini. Allah jua yang bantu pelihara kita dengan al-Quran. SESI PERTAMA seminar, saya kongsikan tiga soalan penting perlu ditanya sebelum membaca surah 165 ayat ini iaitu mengenai kepanjangan saiznya, kesekaligusan penurunannya dan ketersusunannya selepas al-Maidah dan sebelum al-A’raaf. Kemudian... Continue Reading →
LIMA PELAN BERTINDAK DARI RAFAH SIRI 1 (Surah al-Fath, Ayat 1-3)
Berdoa minta agar diberi kekuatan menghadapi takdir Allah. Apabila takdir Dia tiba-tiba mengatasi tadbir kita, itulah “Hudaibiyah” yang mendatangi diari kehidupan kita. Rencana Allah sentiasa mengatasi rencana hamba-Nya. Rencana “Kami” sentiasa memberi kebaikan yang banyak berbanding kemahuan kita. Kemenangan Islam ialah membuka pintu hati manusia kepada Islam, bukan sekadar kemenangan di medan perang, kekuasaan atau... Continue Reading →
EMPAT FAEDAH HUDAIBIYAH DAN BAKI EMPAT TAHUN USIA KEHIDUPAN RASUL SAW SELEPAS HUDAIBIYAH
Selepas kelas daurah RAFAH sesi 1 selesai dan saya sempat membelek beberapa karya tafsir, ada persoalan belum berjawab dengan puas iaitu rahsia susunan tiga ayat pertama surah yang Nabi SAW sangat cintai lebih dari dunia dan segala isinya. Tiga ayat pertama surah al-Fath mengumumkan EMPAT faedah Hudaibiyah. Pertama, Nabi diangkat sebagai insan paling tinggi darjat... Continue Reading →
ANTARA MIMPI YUSUF DAN MIMPI RASULULLAH SAW DALAM AL-QURAN
Kemenangan Yusuf AS sebagai penguasa Mesir bermula dari sebuah mimpi semasa kecil di Palestin. Kemenangan Nabi SAW sebagai penguasa Makkah bermula dari sebuah mimpi di Madinah pada tahun 6 H. Kekadang Allah menunjukkan Dia al-Alim tentang masa depan agama-Nya ini pada insan-insan pilihan. Selepas mimpi, Yusuf AS mula dihalang ikhwahnya sendiri dari mendekati Yaaqub AS... Continue Reading →
MOTIVASI KEMENANGAN BUAT GHAZZAH DAN TANAH NABI IBRAHIM DARI SURAH IBRAHIM
SEMOGA LIMA AYAT INI MENJADI MOTIVASI KEMENANGAN BUAT GHAZZAH DAN TANAH NABI IBRAHIM DARI SURAH IBRAHIM (INSHAALLAH) Ayat 5 : Ingatkan Bani Israil mengenai hari-hari Allah iaitu hari Allah musnahkan Firaun dan sesiapa yang mengaku dirinya Tuhan. Firaun itu bukan hanya cerita sejarah, bahkan ia boleh berulang kepada Bani Israil itu sendiri. Ingatlah mengapa tubuh... Continue Reading →
10 “S” AYAT PENYEMBUH LUKA DARI SURAH ALI IMRAN : REFLEKSI PERANG UHUD DARI TUHAN
SENTIASA MENANG DI SISI TUHAN : Jangan ukur menang atau kalah, untung atau rugi dengan neraca orang. Bagi orang, sakit, sempit, susah ialah detik kekalahan. Musuh menang di pentas politik dan kuasa ialah detik kekalahan. Selagi kamu beriman ketika kalah, kamu sebenarnya pemenang. (Ayat 139) SYUKUR : Ketika musibah Uhud, Allah akhiri ayat 144 dengan... Continue Reading →
IBRAH KISAH PEMUDA AL-KAHFI BUAT PENJAWAT AWAM
1. Mulakanlah pekerjaan anda dengan mengangkat tangan berdoa agar Allah memberikan keberkatan kepada pekerjaan anda sehingga apa yang anda lakukan hari ini, manfaatnya berpanjangan walau selepas anda mati. Perhatikan pemuda al-Kahfi, kisah mereka diabadikan hingga hari Kiamat tanpa mereka sendiri menjangkakan. Berdasarkan ayat 10, kisah kepahlawanan mereka ternyata dimulakan al-Quran dengan aksi berdoa kepada Tuhan.2.... Continue Reading →
INDAHNYA HUBUNGAN SURAH AL-NAML DAN AL-MUJADALAH
Penggunaan kalimah مع yang diucapkan permaisuri Saba’ dalam ayat 44 mengajar kita dua makna serentak. Pertamanya, agar membesarkan Allah itu lebih daripada orang yang menyampaikan dakwah itu sendiri. Agar jangan sampai menyanjung dan mempertuhan orang-orang soleh. Ini kerana kalimah tersebut menggambarkan erti duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Keduanya, permaisuri Saba’ tetap menzahirkan rasa terima... Continue Reading →
UNEXPECTED REFLECTIONS OF SURAH AL-INSHIRAH
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Prophet صلى الله عليه وسلم is assured to be granted various verses and surah every time a challenging struggle occurs. The gradual revelation of those verses aims to ease Prophet’s heart and provide positive thoughts to his Rabb, so that the pain of the struggle is not felt, inshaallah. In the... Continue Reading →
THE UNEXPECTED THOUGHTS ABOUT SURAH AL-FIL
Surah al-Fil is not just about the story of King Abrahah who wanted to attack the Kaabah. This Surah actually serves as motivation for the fighters of truth to believe that no matter how big the plans of the enemies of Islam may be, Allah's plan will always prevail. Abrahah's plan is not a small... Continue Reading →