1. PENGURUSAN KONFLIKApabila ada sesuatu konflik, hadapilah dengan bersemuka, usah pendamkan rasa. Iblis memilih untuk berdiam diri dengan memendam rasa irihatinya semasa Allah mengumumkan Nabi Adam sebagai khalifah. Tidak bersikap seperti Malaikat yang berani memohon pencerahan, Iblis mengikut perasaannya lalu membuat kesimpulan sendiri, kononnya Tuhan telah melakukan kesilapan dalam keputusan-Nya memilih Adam dan bukan dia... Continue Reading →
10 MAKNA dan Ibrah Dari Kisah Nabi Adam Dalam al-Baqarah (2:30-38)
1.BERANI BERTANYAApabila anda tidak jelas sesuatu ayat, anda wajar bertanya dan ia bukan satu kesalahan. Tidak semua ayat Allah mampu difahami sepintas lalu. Kekadang Allah sengaja jadikan sesuatu ayat itu kelihatan sulit difahami di pandanganmu bertujuan agar berlaku proses mengaji, merujuk dan bertanya. Tanyalah apa yang menambah iman dan ketenangan dalam beribadah, bukannya untuk mencabar... Continue Reading →
PERLAWANAN PENTING SABTU INI, INSHAALLAH
Surah Qaaf diturunkan ketika perlawanan antara gerakan Nabi SAW dan kaum musyrikin Makkah semakin menuju fasa kritikal. Antara yang bakal dikongsikan ialah tiga ayat yang menunjukkan suasana sirah di sebalik penurunan surah ini, hikmah susunan surah dalam mushaf, hikmah awalan dan akhiran, segmentasi surah sebagai sebuah perjalanan yang tersusun, kemudian apa keunikan diumumkan surah pada... Continue Reading →
SURAH AL-SHAMS DAN KESUDAHAN REGIM
Setiap kuasa Allah beri akan dicipta bersamanya "pasangan" dan kuasa yang bertentangan, itu cara Allah wujudkan keharmonian untuk manusia menghargai. Siang menunjukkan kuasanya untuk membantu manusia bekerja, malam pula menunjukkan kuasa untuk manusia berehat dan bersama keluarga. Namun apabila kuasa bertentangan itu sudah melampau batasan yang ditetapkan Tuhan, cuba mengganggu laluan pihak lain yang ditetapkan... Continue Reading →
BILA UMURMU SUDAH SAMPAI EMPAT PULUH…
“Bila umur empat puluh, barulah mantap tumbuhnya kedewasaan sebagai insan. Kalau umur belum capai empat puluh, biasalah manusia itu mahu benar sendirian, menang sendirian. Namun bila sudah capai empat puluh, mulailah dia insafi bahawa ada orang lain di sekelilingnya. Mulailah dia insafi bahawa dia tidak mungkin hidup sendirian di dunia ini. Mulailah dia berkurangan dorongan... Continue Reading →
MERDEKAKAN JIWA DENGAN PETUNJUK DARI SURAH AL-MAIDAH (BAHAGIAN 2)
Sempena bulan kemerdekaan, juga menuju kemerdekaan Palestin, ayuh merdekakan jiwa dengan petunjuk al-Quran. Ayuh ambil satu surah sebagai fokus dan pedoman. Saya cadangkan SURAH AL-MAIDAH! Mengapa surah al-Maidah? Kerana ia antara surah yang terakhir diturunkan pada Nabi SAW iaitu selepas pembukaan Makkah. Apa makna turun selepas pembukaan Makkah? Ia akan mendidik kita apakah agenda penting... Continue Reading →
LIMA FAEDAH TADABBUR SURAH AL-KAHFI
LIMA perkara akan BERTAMBAH apabila kita membaca dan menghayati sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi Saya ingin kongsikan di sini sekurang-kurangnya lima perkara akan BERTAMBAH apabila kita membaca dan menghayati sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi. Pertama, menambah KESYUKURAN. Inilah aqidah dan “mindset” penting hidup di akhir zaman. Ketika manusia suka mengejar-ngejar apa yang mereka sangka belum... Continue Reading →
MERDEKAKAN JIWA DENGAN PETUNJUK DARI SURAH AL-MAIDAH (BAHAGIAN 1)
Mengapa surah al-Maidah ? Kerana ia antara surah yang terakhir diturunkan pada Nabi SAW iaitu selepas pembukaan Makkah. Apa makna turun selepas pembukaan Makkah? Ia akan mendidik kita perihal bagaimana "mengisi kemerdekaan" Makkah selepas begitu lama "penjajah" berada di situ memaksa kesyirikan dan jahiliah bertapak di tanah suci itu. Bagaimana seni penyampaian surah ini yang... Continue Reading →
MEMASUKI USIA 42, MAHU LEBIH BANYAK MASA DENGAN ANAK-ANAK MUDA
Usrah Anak Muda al-Sobah (USAMAH) di pejabat saya semalam, saya jelaskan mengapa perlu frasa إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ ketika Allah mengarahkan Musa dari Lembah Thuwa menuju Firaun. Frasa ayat fa-sa-qa pada ayat 32 dari surah al-Qasas yang menggambarkan rosaknya fitrah Firaun dan regimnya sehingga tiada manusia waras boleh menerima perbuatan itu. Tidak perlu jadi “pengikut... Continue Reading →
MEMAKNAI HIJRAH SEBAGAI “NEW CHAPTER” KEHIDUPANMU BERPANDUKAN SURAH AL-ANKABUT
“Hijrah” bukanlah sekadar perpindahan tempat tanpa perubahan sikap. Sekurang-kurangnya, saya temui lima pelajaran dari surah al-‘Ankabut - surah yang menyebut kalimah مُهَاجِر kepada Nabi Ibrahim AS - yang diturunkan menjelang hijrah Rasul SAW ke Madinah. Hijrah bukan hanya untuk kepentingan dunia, bahkan untuk memelihara agama dan memperelok bekal selepas mati. (Ayat 56-57) Hijrah bukan hanya... Continue Reading →