Al-Quran membawa kita “berjalan” ke dunia yang tidak pernah kita sampai. Dibawanya kita ke masa lampau. Seolah-olah masa lampau itu ditundukkan kepada pembaca al-Quran.
HIKMAH PEMBUKAAN SURAH DENGAN AYAT-AYAT KAUNIYAH
Yang pasti, tidaklah sedikit surah-surah al-Quran, meskipun ada pelbagai isu khusus menimpa Nabi SAW atau para Sahabah RA, tetapi permulaan surah mengajak kita merenung langit dan bumi. Bahkan Allah bersumpah dengan makhluk-makhluk ini.
AL-KAHFI, AKHIR ZAMAN DAN PEMUJAAN MANUSIA TANPA DISEDARI
Surah al Kahfi mengajar kita di akhir zaman akan muncul pelbagai cara “beragama”. Yang jelas dari Tuhan mula bercampur aduk dengan rekaan-rekaan yang disandarkan kepada Tuhan.
KISAH NABI ADAM BUKANLAH SEKADAR KISAH “MAKAN BUAH KHULDI…”
Jika diperhatikan dengan mendalam kisah Nabi Adam عليه السلام dalam al-Qur’an, kita akan mendapati kisah Nabi Adam عليه السلام dipaparkan sebagai kisah TUJUAN DIUTUSKAN PARA ANBIYA’ itu sendiri.
RAHSIA NAMA SURAH DAN INDAHNYA HUBUNGAN ANTARA AWALAN DAN AKHIRAN SURAH
AL-‘ADIYAT Nama surah bermaksud keadaan yang melepasi sesuatu batasan untuk meluru ke arah sesuatu di hadapan tanpa ada yang boleh menghalang. Nama surah berkenaan merujuk kepada keadaan kuda semasa dalam medan perang. Digambarkan ia sangat patuh dan tunduk kepada segala kehendak tuannya lalu bersedia meluru ke arah musuhnya dalam apa jua keadaan yang diperintahkan. Nama... Continue Reading →
10 BUAH TADABBUR DARI KISAH NABI IBRAHIM A.S. DALAM SURAH MARYAM (AYAT 41-48)
Merendah dirilah dengan manusia meskipun di hadapan pendosa dan jangan mendabik dada dengan ketinggian ilmu yang dikurniakan Allah kepadamu.
INDAHNYA PESAN LUQMAN (SIRI PERTAMA)
Para ulama mendidik kita untuk menyatakan والله أعلم apabila melalui huruf-huruf ini kerana ia sebahagian dari ayat-ayat mutasyabihat yang tidak jelas makna sebenarnya. Itupun akhlak seorang guru atau anak murid di hadapan pentafsiran ayat-ayat Allah.
KISAH NABI IBRAHIM AS BERDASARKAN TURUTAN PENURUNAN SURAH KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
Jika mengambil kira turutan di atas, maka kita akan nampak sirah Nabi SAW di sebalik sirah Nabi Ibrahim AS. Dalam perkataan lain, kisah Nabi Ibrahim AS yang diturunkan sangat munasabah dengan keadan semasa yang dihadapi Nabi SAW sepanjang 23 tahun di Makkah atau di Madinah.
REFLEKSI SURAH ABASA
Apa yang boleh merobohkan kempen Islam sekelip mata sahaja ? Apabila musuh dengan segenap teknologi sulitnya berjaya melihat dan merakamkan kamu pendakwah melebih-lebihkan seseorang dan merendah-rendahkan seseorang tanpa kamu sendiri menyedarinya, meskipun kamu sendiri tidak berniat sama sekali melakukan sedemikian, meskipun yang disangka orang yang direndah-rendahkan itu sendiri tidak sedikitpun terasa sedemikian rupa.
10 MUHARRAM DAN MUSNAHNYA FIRAUN : MASIH ADA PERINGATAN TERAKHIR SEBELUM MAUT MENANTI DI HADAPAN !
“Firaun sudah mati, kefiraunan belum tentu”