HIDUP TENANG DI AKHIR ZAMAN, REFLEKSI SURAH YUSUF

Beberapa refleksi saya pada surah Yusuf untuk hidup tenang dengan iman di zaman perang sana sini dan fitnah akhir zaman. Zaman musuh kelihatan sangat “usbah”, sangat kuat untuk “humban” sesiapa sahaja yang melawan mereka ke dalam telaga yang mereka pilih. 1.Ingat “mimpi” itu benar. Wawasan agama ini sudah dibangunkan sepenuhnya dalam al-Baqarah. Bacalah semula “mimpi”... Continue Reading →

TAFSIR MENETAPKAN MAKNA, TADABBUR MENGHIDUPKAN JIWA

Ringkasnya, tafsir membantu kita berpijak pada makna ayat yang sahih dan konteksnya, tadabbur pula membantu makna itu masuk ke jiwa dan membentuk amal, namun tetap tidak keluar dari batas tafsir. Kunci 4 saranan al-Marhum Dr. Ṣalāh al-Khālidī iaitu المحافظةُ على جوِّ النصِّ القرآني, menjadi peringatan pada orang awam yang terlalu cepat “terbang” dengan sesuatu ayat... Continue Reading →

ULUM AL-QURAN UNTUK AWAM : APLIKASI PADA SURAH AL-MUZZAMMIL

Kebanyakan kita menyangka surah al-Muzzammil hanya mengenai qiam. Seolah-olah “surah” ini jadi tafsir maudui semua ayat-ayat qiam dan tahajjud dalam al-Quran. Kita tersilap ! Lihat sahaja ayat 20 yang mengambil separuh halaman mushaf. Ayat terakhir surah al-Muzzammil bukan hanya ada bahasa spiritual, bahkan jika diteliti, ada bahasa fiqah, bahasa ekonomi, bahasa politik dan bahasa psikologi.... Continue Reading →

SELAMAT SAMPAI KEPADA-NYA DENGAN SURAH AL-MU’MINUN

Surah al-Mu’minun ialah surah tentang SELAMAT SAMPAI. Ia mengajar bahawa hidup bukan sekadar penentuan destinasi, bahkan kaedah keselamatan hingga selamat sampai ke hujungnya. Surah ini dibuka dengan berita kejayaan paling agung, iaitu orang beriman yang SELAMAT SAMPAI ke Firdaus. Bukan semua yang beriman disebut berjaya, tetapi hanya mereka yang memenuhi ciri tertentu. Allah kemudian membawa... Continue Reading →

IBADUR RAHMAN : INDAH TANASUB DUA AYAT

Ayat 72 melukis adab ʿIbād al-Raḥmān dengan “dunia manusia”. Bila terserempak dengan laghw, mereka mārū kirāman. Berlalu dengan maruah, tidak melekat pada yang sia-sia. Kemudian hadir ayat 73 datang seperti penegasan: Tetapi apabila Ibadul Rahman “terserempak” dengan āyāt Rabbihim, mereka tidak berlalu seperti orang pekak dan buta. Mereka berhenti, mendengar, memahami, dan membiarkan wahyu menggerakkan... Continue Reading →

BILA KITABULLAH BUKAN SUMBER BAHAGIA, MERABA-RABALAH MANUSIA MENCARI PENGLIPURLARA ATAS NAMA AGAMA

Kalau sudah semua barang kemas atau pakaian pada tubuh pun akhirnya DICAMPAKKAN ke pentas, kononnya untuk rebirth, maka fahamlah kita kenapa al-Quran ada berbicara mengenai pendustaan “Samiri” dan kejahilan kaumnya. قَالُوا۟ مَآ أَخْلَفْنَا مَوْعِدَكَ بِمَلْكِنَا وَلَـٰكِنَّا حُمِّلْنَآ أَوْزَارًۭا مِّن زِينَةِ ٱلْقَوْمِ فَقَذَفْنَـٰهَا فَكَذَٰلِكَ أَلْقَى ٱلسَّامِرِىُّ ٨٧ Mereka (Bani Israil) menjawab: “Kami tidak menyalahi janji kami... Continue Reading →

DUNIA “PODCAST” DAN AYAT-AYAT MUTAQABILIN DI SYURGA

Kenapa podcast makin popular sekarang? Mungkin kita sedang rindu duduk berhadapan dan berbicara dengan jiwa. Kekadang, kita sulit memahami ayat-ayat Syurga sehinggalah Allah mendatangkan setitis nikmat buat manusia untuk lebih faham penggambaran di Syurga. Salah satunya ialah berbicara secara berhadap-hadapan, hati ke hati, memberi semangat dan kekuatan pada yang mendengar. عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَـٰبِلِينَ “Mereka berada... Continue Reading →

AL-FARAHI DAN AL-FATIHAH

Satu satunya surah yang al-Quran sebut bukan hanya fadhilatnya dalam al-Quran sendiri, bahkan jumlah ayat juga telah disebut secara spesifik iaitu tujuh ayat. Seorang ulama tafsir dari India, Allamah Hamiduddin al-Farahi dalam Tafsir Nizham al-Quran memberikan pandangannya mengenai tujuh ayat al-Fatihah mempunyai kaitan dengan tujuh orang nabi dalam al-Quran. Dalam perkataan lain, kisah mereka dalam... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started