WAJARKAH BUKU PEREMPUAN YANG BAIK-BAIK DITULIS OLEH SEORANG LELAKI ?

Wajar ! Kenapa ? Kerana aku ingin memberitahu kaum lelaki bahawa al-Quran mendidik kita agar menyayangi ibu kita, mendidik isteri kita, menghormati adik kakak perempuan kita dan mengasihi anak-anak perempuan kita. Ya, mereka ada kelemahan, namun apabila kena cara didikan, dasarnya penghormatan bukannya penghinaan, isteri al-‘Aziz kembali ke pangkal jalan, permaisuri Saba’ akhirnya menemui Tuhan,... Continue Reading →

RESENSI BUKU: THE TARJUMAN AL-QURAN

Walaupun beliau terkenal dengan pentafsiran “aneh” kepada kisah pemuda al-Kahfi serta kritikan-kritikan kepada Mafatih al-Ghayb, namun itu tidak seharusnya menghalang aku dari mengambil sisi kebaikan dari tadabbur seorang lagi ulama pemikir India. Lahir dari suasana pergolakan hubungan antara Hindu dan Muslim serta banyak terinspirasi dengan jejak Sayyid Ahmad Khan, beliau menulis tafsirnya ini dari jeriji... Continue Reading →

RESENSI BUKU: ALQURAN MEMBANGUN PERADABAN ISLAM

SESUAI DIJADIKAN BAHAN DISKUSI USRAH Perjalanan dari satu juzuk ke satu juzuk pada bulan Ramadhan telah menatijahkan pasukan Pusat Kajian Pemikiran dan Peradaban Ummah-PEMIKIR membuktikan al-Quran sentiasa kaya dan segar makna-maknanya meskipun pelbagai perspektif digunakan. Pasukan ini menggunapakai perspektif pembangunan peradaban. Lalu mereka menemui ada sahaja ayat-ayat Allah yang memberi makna kepada definisi pembangunan peradaban... Continue Reading →

RESENSI BUKU: SENI BERFIKIR YANG HILANG

Beberapa Mutiara Berharga Dari “Seni Berfikir Yang Hilang” Walau apa pun isu yang kita bincangkan, ingatlah bahawa kita perlu bertindak "beyond the current issue". Kita tidak terikat dengan isu semasa, malah kita perlu mengatasinya kerana kita mahu berbincang tentang ilmu. (Halaman 16-17) Jangan biarkan Islam 'mati' apabila ia sampai kepada kita. Jika kita tidak menyebarkannya,... Continue Reading →

RESEENSI BUKU: TADABBUR SURAH AL-ANFAL

RAMAI YANG BERTANYA SEMASA SESI “LIVE” PAGI TADI, MAKA INILAH BUKUNYA. SINOPSIS BUKU 17 RAMADHAN“TADABBUR SURAH AL-ANFAAL”Penulis : Zulkifli Haji Mohd Yusoff & Muhammad Mukhlis YunusTerbitan : Centre of Quranic Research - CQR, Universiti Malaya Antara model karya tadabbur surah yang mesti diketengahkan sebagai pengisian gelombang tadabbur al-Quran pada masa kini. Saya melihat karya ini... Continue Reading →

TIADA SATU HURUF PUN DALAM AL-QURAN MELAINKAN MEMPUNYAI TUJUAN DAN DIATUR PULA OLEH YANG MAHA TELITI DAN MAHA HALUS PENGETAHUANNYA

TIADA SATU HURUF PUN DALAM AL-QURAN MELAINKAN MEMPUNYAI TUJUAN DAN DIATUR PULA OLEH YANG MAHA TELITI DAN MAHA HALUS PENGETAHUANNYA Semasa sesi tafsir tahlili ayat pertama surah al-Kahfi bersama Prof. Madya. Dr Abdul Aziz kelmarin, ada rakan bertanya beliau mengenai pengalamannya pernah dengar huruf ba’ sahaja ada 8 tafsiran. Terus saya tangkap buku ini. Sebuah... Continue Reading →

RESENSI BUKU: MUTIARA HADIS-HADIS KISAH

Tiadalah guru tadabbur al-Quran sebaik Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Menekuni hadis-hadis sahih ialah sebahagian dari kaedah tadabbur al-Quran. 23 tahun hidup Baginda bukan hanya membacakan al-Quran, bahkan menghuraikan al-Quran dengan lafaz Baginda sendiri, namanya hadis. Bagiku, sebaik-baik pembelajaran hadis ialah dalam kerangka menghuraikan makna-makna kalam Allah itu sendiri, al-Quran. Menyantuni para Sahabah. Menghuraikan ayat-ayat... Continue Reading →

SEBUAH LAGI KARYA “SIRAH DI SEBALIK SURAH” WAJAR DIMILIKI

Unik pendekatan kitab yang berjaya ditangkap di Rumah Kertas RAMI ini. Seakan-akan ia sengaja muncul selepas kelas siri ketiga Ulum al-Quran pagi tadi menyentuh “Makki Madani” oleh Shekh Manna’ Qaththan. Kelihatan ada persamaan method dengan al-Rahiq al-Makhtum, namun kitab ada keistimewaannya yang tersendiri. Tercari-cari juga naskhah asalnya dalam bahasa Arab, gagal ditemui. Kebiasaannya karya sirah... Continue Reading →

RESENSI BUKU: THE HEART OF THE QURAN

Sebuah Lagi Karya Berharga Mengenai Tafsir dan Tadabbur Surah Yassin Terima kasih kepada tim Quran Workbook Series yang sudi menghadiahkan buku ini kepada saya selepas Daurah Nabi Ibrahim AS Sabtu lepas.Dr Haitham al-Haddad menyifatkan buku ini sebagai “orthodox in its approach but modern in its style and presentation”.Saya sangat terinspirasi dengan pendekatan menulis karya-karya tafsir... Continue Reading →

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started