Antara ayat yang memotivasikan saya dari surah Saba’ ialah ayat 46. Kekadang kebenaran itu diraih dengan berada dalam kumpulan kecil berbanding kumpulan besar. Sudah pastinya ia pilihan yang mencabar kerana kumpulan kecil tidak sepopular kumpulan besar yang menjadi pilihan ramai. Kekadang kita perlu adakan waktu meninggalkan seketika suasana bising dan sesak dalam “group”, lalu pergi... Continue Reading →
RESENSI NOVEL “DHUHA ; CAHAYA PAGI YANG TERANG” YANG DIINSPIRASI DARI SURAH AL-DHUHA
Alhamdulillah, dapat tamatkan bacaan karya kreatif ini dalam 3 hari sahaja sepanjang bercuti Iduladha baru-baru ini. Ya, kalau dah novel namanya, kenapa perlu ambil masa lama-lama untuk tamatkan sahaja debaran babak seterusnya 😂 Seumpama membaca tafsir al-Azhar yang tafsiran ayat-ayat al-Quran disulamkan Buya Hamka dengan pelbagai cerita benar dari pengalaman kehidupannya sendiri, Dr Mohd Daud... Continue Reading →
PENGAJARAN DARI HENTIAN KEDUA ZULQARNAIN عليه السلام
Tiada perincian mengenai apa yang ditemui Zulqarnain di sana. Namun kalimah “kazalika” menunjukkan polisinya di hentian pertama sama sahaja dengan hentian kedua, tiada perubahan. Begitulah pemerintah yang soleh, semakin luas kekuasaan, dari Barat ke Timur, jatidiri dan polisi keadilannya tidak berubah. Sebaliknya pemerintah yang dijelaskan dalam kisah pemuda al-Kahfi dan hentian pertama Musa dan Khadir... Continue Reading →
AJAIBNYA RENCANA TUHAN, KEKADANG IA JELAS KELIHATAN, KEKADANG IA HALUS SEHINGGA TIDAK KELIHATAN
Awalan surah Yusuf, rencana Tuhan amat halus, hingga tidak kelihatan kebaikan yang akan hadir selepas kesusahan. Disangka keburukan hingga diharap agar segeralah anak kecil itu diselamatkan ayahnya sendiri, namun telaga itulah yang telah menghantar Yusuf kepada pentas kekuasaan tertinggi di negara jiran. Akhiran surah Yusuf, rencana Yusuf عليه السلام atas ilham dari Tuhan amat halus,... Continue Reading →
AKU DAN SURAH AL-RUM
Apa perasan anda apabila al-Quran sendiri menyebut anda akan menang semula selepas kalah, akan bangkit semula selepas rebah ? Bukankah ia melahirkan optimisme dan kerja keras untuk merealisasikan kemenangan semula yang dijanjikan itu bukan ? Bicara Tuhan pasti tidak sia-sia. Dia Maha kenal potensi kita walau kita pernah jatuh terluka rebah dihina. Al-Quran yang dibaca,... Continue Reading →
NIKMAT IDULFITRI TANPA PKP
Nikmat beraya kali ini bukan sekadar penyatuan semula semua adik beradik di sisi ibu tersayang selepas dua kali “raya PKP” tidak dapat melakukannya. Bahkan pada bertemu semula keluarga besar Tuan Guru Haji Yaacob, dari dekat dan dari jauh dengan asbab kenduri kesyukuran perkahwinan dua orang adik saya, Abdul Azim Abdul Rahman dan Hajar Farhana Abdul... Continue Reading →
SELAMAT KEMBALI BERKHIDMAT SEBAGAI “SAHABAT” SEPASUKAN DALAM PEKERJAAN
Dalam al-Quran, ada dinyatakan kepentingan menjaga hak persahabatan dengan al-Sahib bi al-Janbi ( الصَّاحب بالجَنْبِ ) iaitu mereka yang bekerja bersama dengan kita. وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ... Continue Reading →
MELIHAT BINTANG IALAH MELIHAT SEJARAH SILAM
Dinamakan Earendel, bintang paling jauh dapat ditemui teknologi ciptaan manusia. Jarak 12.9 bilion (12,900,000,000) tahun cahaya. Penemuan “Earendel” yang lima kali ganda dari saiz matahari telah memecahkan rekod “Icarus” (2018) dengan kejauhan 9 bilion tahun cahaya. Seakan membaca sebuah majalah atau menonton sebuah filem, kita menyangka apa yang kita baca atau apa yang kita tonton... Continue Reading →
(SEKURANG-KURANGNYA) LIMA PENGAJARAN TERINDAH DARI SURUH AL-RA’DU (G-U-R-U-H)
G : Gagahnya kebatilan tidaklah bertahan lama 🥀 Kilat itu tempohnya seketika cuma walau ia kelihatan gagah perkasa. Suara gagah guruh pasti menjelma selepas itu. Kemudiannya, tiada makhluk yang boleh menghalang turunnya berita gembira dari langit iaitu hujan yang menjadi rahmat Allah buat manusia. 🥀 Kekalkan kepercayaanmu pada kemenangan al-Haq walaupun ia mengambil masa untuk... Continue Reading →
AL-QURAN SEBAGAI RAHMAT?
Apa makna kenyataan di atas ? Ia bukan slogan kosong, tetapi berakar dari ayat 3 surah Luqman, surah yang berakarkan kisah seorang ayah yang penyayang. Apa maknanya? Di mana anda berada, masalah apa pun anda hadapi, al-Quran seperti menjadi penasihat sulit anda yang sangat menyayangi anda. Ketika anda terlalu ingat pada anak kecil yang sakit... Continue Reading →