ULUM AL-QURAN UNTUK AWAM : APLIKASI PADA SURAH AL-MUZZAMMIL

Kebanyakan kita menyangka surah al-Muzzammil hanya mengenai qiam. Seolah-olah “surah” ini jadi tafsir maudui semua ayat-ayat qiam dan tahajjud dalam al-Quran.

Kita tersilap !

Lihat sahaja ayat 20 yang mengambil separuh halaman mushaf.

Ayat terakhir surah al-Muzzammil bukan hanya ada bahasa spiritual, bahkan jika diteliti, ada bahasa fiqah, bahasa ekonomi, bahasa politik dan bahasa psikologi.

Subhanallah !

Sebuah ayat Madaniah yang dimasukkan untuk melengkapkan sebuah “surah” awal Makkiah.

Benarlah apa yang ditegur al-Marhum Dr. Solah Abdul Fattah al-Khalidi dalam kunci pertama beliau dari 27 kunci berinteraksi dengan al-Quran.

Lens 2 (Worlds of Quran) dari “Five Lenses To Reflect Upon The Quran” saranan Ustadz Nouman Ali Khan dan Dr Sohaib Said juga punyai persamaan dengan kunci pertama Dr Solah ini.

Ada beberapa lagi persamaan yang saya temui antara manhaj al-Marhum Dr. Solah dengan mereka. Inshaallah saya akan kongsikan dari semasa ke semasa.

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started