
Jangan goyang kaki tunggu imam Mahdi.
Jika begitu, apa faedah pesan-pesan panjang lebar dalam surah al-Isra’, dari sekecil perkara dalam rumah hinggalah kepimpinan negara kena bertindak.
Allah beri kunci untuk buka pintu kemenangan, tiba-tiba kita “malas” dan menunggu seseorang diturunkan dari langit untuk bukakan pintu itu.
Membina jambatan pada “Mahdi” ialah menjadi muslih pada daerah kita hidup dan keliling komuniti.
Buat gerakan perubahan, jadi tentera-tentera “kecil” imam Mahdi sebelum beliau muncul dan membenarkan sabda Nabi.
Bahkan hakikatnya tiada yang “kecil” di sisi Tuhan.
Aq Syamsuddin dan ramai lagi “tentera ghaib” di belakang Sultan al-Fatih, yang sejarah tidak merakamkan sangat nama mereka, namun mereka juga asbab penting kemenangan di kemudian hari. وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ ۚ وَمَا
Jgn lupa Ahlu Ghazzah kini adalah tentera-tentera Allah sebelum al-Mahdi.
Jangan lupa Ahlu al-Sham dan Syria waktu ini !
Barangkali, antara sebab figura “al-Mahdi” tidak disebut dalam al-Quran, agar tidaklah kita obsesi melulu dan berfokus ke situ, menunggu dan menunggu, malas menyantuni ummat yang perlu dibantu, tidak mahu hidup dengan realiti yang perlu dipandu.
Moga Allah kurniakan kemenangan Filasteen dengan usaha kita dari sini, walau jaraknya dengan kita hampir 8000 kilometer, 5000 batu !
Leave a comment