
Pentadabbur jangan berpada dengan program online.
Berikut tujuh sebab mengapa perlu usahakan program fizikal dan seharian untuk tadabbur sesuatu surah.
Sekadar berkongsi pengalaman – biiznillah – seminar fizikal bulanan hampir 10 tahun👇
- Kisah Malikatu Saba’ memeluk Islam selepas bersemuka secara fizikal dengan Nabi Sulaiman menjadi inspirasi saya. Perhatikan juga kisah Khaulah RA dan kedalaman makna kalimah “majalis” dalam surah al-Mujadalah. Pengalaman saya sendiri sebagai peserta, banyak persoalan bermain dalam fikiran, kerana berkat hadir fizikal, terjawab tanpa perlu penceramah beri, asalkan kita tunggu hingga akhir sesi.
- Pengalaman hampir 8 tahun berprogram surah-surah tertentu selama satu hari bersama Akademi Sinergi Ikhlas, inilah platform yang saya sentiasa dipertemukan dengan seorang dua pelajar-pelajar baru. Yang tidak pernah kenal “tadabbur”. Mereka hadir kerana saranan dan keterkesanan dari rakan mereka yang hadir sebelumnya. Lebih terbaru apabila yang datang satu bas dari Rumah Ngaji negeri tertentu.
- Lahirkan Murajaah Group (MG) dengan inisiatif para alumni seminar ini sendiri. Mereka merasakan masih banyak aspek “tadabbur” dan “quranic worlds” yang belum disentuh saya semasa seminar sehari. MG ialah kumpulan profesional dari pelbagai bidang keilmuan dan kerjaya, yang bertemu secara bulanan (atas talian) membuat ulangkaji semula sesuatu surah yang pernah saya bentangkan membincangkan “deeper look” sesuatu surah.
- Sasaran lokal atau “merakyat” akan jadi lebih strategik. Kebiasaannya, jika program sehari itu dibuat di Shah Alam, kebanyakan crowd baru yang akan disantuni dari SA. Begitulah jika dibuat di Bangi.
- Rakaman program fizikal (hybrid) berbanding program online, penyampai akan lebih bertenaga dan ada kesungguhan “menyantuni”. Sekadar berkongsi pengalaman membandingkan diri sendiri ketika rakaman online dengan rakaman program fizikal membicarakan topik yang sama. Penyampai juga perlu lebih kreatif dalam gaya penyampaian untuk kekalkan stamina dan fokus peserta. Pastinya kebosanan akan lebih ketara apabila program seharian berbanding program dua jam.
- Kebiasaannya program fizikal yang bulanan, penganjur akan iklan terus pendaftaran seluruh siri. Setengah pelajar berminat pendekatan sebegini kerana mereka mahu mendisiplinkan weekend mereka dan merancang lebih awal komitmen mereka. Sebahagian peserta juga lebih selesa nak tahu seluruh surah dalam seharian terus tanpa tangguh atau beransur-ansur.
- Terakhir, paling penting. Pendekatan “talaqqi”, hadiri fizikal dan konsisten tanpa putus akan membantu pelajar dan alumni menguasai manhaj, sama ada manhaj tafsir atau kaedah-kaedah melakukan tadabbur al-Quran selepas memahami tafsir. Kredibiliti dan penguasaan ilmu penyampai juga akan lebih diuji dengan program sehari.
Selamat mencuba
Wallahu a’lam
Barakallah fikum
Syaari Ab Rahman
Paradigma Ibrah Sdn. Bhd.
Tadabbur Centre
Leave a comment