
Setiap kuasa Allah beri akan dicipta bersamanya “pasangan” dan kuasa yang bertentangan, itu cara Allah wujudkan keharmonian untuk manusia menghargai.
Siang menunjukkan kuasanya untuk membantu manusia bekerja, malam pula menunjukkan kuasa untuk manusia berehat dan bersama keluarga.
Namun apabila kuasa bertentangan itu sudah melampau batasan yang ditetapkan Tuhan, cuba mengganggu laluan pihak lain yang ditetapkan Tuhan, ia akan mencetuskan kemalangan alam dan memusnahkan bumi.
Jika siang lebih lama mahu menunjuk kuasa atau malam lebih lama mahu menunjuk kuasa, atau bulan mahu mengatasi matahari atau matahari mahu memasuki laluan bulan, Tuhan akan bertindak !
Jika bumi mahu memuntahkan isinya sesuka hati lalu naiklah isinya ke atas atau langit mahu menurunkan apa sahaja kemarahannya ke bawah, semuanya mahu bertindak tanpa memikirkan akibat (وَلَا يَخَافُ عُقْبَـٰهَا), maka itu bermakna masing-masing mahu menjadi tuhan.
Sebagaimana Firaun yang mengaku Tuhan, sesiapa lagi yang mahu menjadi Tuhan akan berhadapan dengan bencana besar dari Tuhan sendiri.
Thamud sudah merasainya. Giliran Zionis dalam perjalanan!
Leave a comment