Mengapa surah al-Maidah ?
Kerana ia antara surah yang terakhir diturunkan pada Nabi SAW iaitu selepas pembukaan Makkah.
Apa makna turun selepas pembukaan Makkah?
Ia akan mendidik kita perihal bagaimana “mengisi kemerdekaan” Makkah selepas begitu lama “penjajah” berada di situ memaksa kesyirikan dan jahiliah bertapak di tanah suci itu.

Bagaimana seni penyampaian surah ini yang boleh dilihat menekankan aspek kemerdekaan yang sebenar ?
Perhatikan 16 ayat “wahai orang beriman” kerana padanya ada senarai semak yang lengkap untuk kita bertanya, “adakah aku sudah melaksanakan kesemua tuntutan Tuhan pada 16 ayat ini”.
Ayat 1, 2, 6, 8, 11, 35, 51, 54, 57, 87, 90, 94, 95, 101, 105, 106 !
Dalam perkataan lain, kemerdekaan hakiki ialah menjadi hamba Tuhan dan bukannya hamba syaitan. Bukan “merdeka” jika bebas dari penjajahan syaitan dari bangsa manusia namun kekal menjadi hamba tawanan syaitan dari bangsa jin.
Izinkan saya oleh sedikit refleksi saya pada ungkapan keramat Abdullah ibn Mas’ud RA ketika memimpin mindset kita setiap kali bertemu ayat “wahai orang-orang beriman” ;
“Apabila kamu dengar seruan ini, persiapkan telingamu kerana apa yang bakal diperintahkan mempunyai kebaikan yang banyak walau engkau tidak nampak dan apa yang dilarang punya keburukan besar walau engkau tidak nampak”
Refleksi tentang ungkapan keramat Abdullah ibn Mas’ud RA
Wallahu a’lam
Syaari Ab Rahman
Menuju Pembebasan Jiwa : Mendekati Surah al-Maidah
2 Safar 1446 H
#merdekakanjiwadenganalquran
#kemerdekaanhakiki
#kemenangansebenar
#paradigmaibrah
#tadabburcentre
Leave a comment