Kekadang, apa yang buntu dalam fikiran, Allah hadirkan para ulama yang memberikan tadabbur pada sudut yang meleraikan kekusutan.
Esok jam 7 pagi di TV Al-Hijrah, salah satu babak akan saya huraikan ialah frasa ولم يعقب (Musa langsung tidak menoleh ke belakang lagi selepas kejadian tongkatnya menjadi mukjizat dari Allah) menerusi ayat 31 surah al-Qasas.
Bahkan al-Quran menjelaskan, Allah memerintahkan baginda patah balik. Allah memberi jaminan bahawa tiada apa pun bahaya yang akan mendatangi baginda.
Shekh Amin Ahsan Islahi, ulama tafsir dari bumi India memberikan sudut pandangnya yang menarik.
Babak ini bertujuan untuk mendidik baginda pada membezakan mukjizat dan sihir, untuk membezakan Musa عليه السلام dengan ahli sihir.
Ini kerana baginda bakal diserang habis-habisan nanti dalam istana Firaun bahawa apa yang baginda lakukan menerusi tongkatnya ialah sebuah sihir yang sudah biasa dilakukan sebagai hiburan pada raktat Mesir.
Lalu baginda mesti dibina keyakinannya sendiri terlebih dahulu menerusi pengalaman menggerunkan di Thur Sinai ini, yang diabadikan al-Quran.
Bagaimana jika sihir itu boleh diusahakan dengan formula dan kaedah tertentu, lalu seseorang tidak boleh menjangkakan “outcome” darinya ?
Musa bukan asing dengan “industri” sihir di Mesir kerana belasan atau puluhan tahun baginda hidup dalam istana Mesir sebelum melarikan diri ke Madyan.
Seseorang ahli sihir harusnya sudah boleh menjangkakan keanehan yang akan berlaku di hujung usaha mereka mempersiap produk sihir mereka pada penonton.
Setiap ahli sihir perlu bersungguh-sungguh melakukan beberapa kali latihan dan apabila produk sihir mereka menjadi, mereka sangat berbangga dengan pencapaian mereka.
Allah memelihara Musa dari perkara paling asas sekali iaitu meyakini bahawa tongkatnya bertukar menjadi ular ialah mukjizat yang benar dari Allah, jauh sekali dari produk sihir dan apa sahaja yang boleh diusahakan manusia.


Tafsir Tadabburi Quran, Amin Ahsan Islahi (translated from Urdu)👇👇👇
“As far as the soothsayers, magicians and false oracles are concerned, they already have a scheme in their minds for which they work hard and undertake all sorts of routines.
When some scheme to mislead the masses dawns upon them, they consider it to be a great success.
However, the revered prophets of God are totally bereft of such machinations.
For this reason, when they are given some miracle, it is a totally unique thing for them.
The biggest feat of the magicians that belonged to the nation to whom Moses (sws) was to be sent was that they turned staffs and ropes into serpents.
To achieve this feat, they would go through various hard routines and exercises.
When they succeeded in it, they would consider it to be the greatest achievement of their lives.
Contrary to this, when God converted the staff of Moses (sws) into a snake, he became afraid and ran from it.
Here, the Almighty has specially highlighted this very aspect so that Moses’s (sws) reaction when he saw the miracle which the Pharaoh and his people regarded to be a product of magic could be known.”
Leave a comment