10 “S” AYAT PENYEMBUH LUKA DARI SURAH ALI IMRAN : REFLEKSI PERANG UHUD DARI TUHAN

  1. SENTIASA MENANG DI SISI TUHAN : Jangan ukur menang atau kalah, untung atau rugi dengan neraca orang. Bagi orang, sakit, sempit, susah ialah detik kekalahan. Musuh menang di pentas politik dan kuasa ialah detik kekalahan. Selagi kamu beriman ketika kalah, kamu sebenarnya pemenang. (Ayat 139)
  2. SYUKUR : Ketika musibah Uhud, Allah akhiri ayat 144 dengan pembalasan baik menanti orang bersyukur. Kenapa bersyukur, bukan perintah bersabar apabila di Uhud ? Fokuslah pada apa yang Tuhan telah beri selama ini, bukan sekadar meratapi apa yang hilang. Syukur kerana sudah lama Nabi bersama kita, tidak pelik kalau Tuhan sudah memanggilnya. Adakah dengan ketiadaan Baginda, kita hilang segala apa yang diajarnya ? (Ayat 144)
  3. SENJATA DOA : Jangan tinggal doa kemenangan ke atas anasir kekalahan dan kelemahan jiwa, syaitan dan was was. Mintalah agar tetap jadi hamba sebelum memohon agar taqdir kesakitan itu diubah. Meskipun mereka rabbani yang berdoa ini, mereka tetap risau ada “israf” mereka lakukan. (Ayat 147)
  4. SANGKA BAIK PADA TUHAN : Percaya Allah tetap memaafkan dan menyayangi walau besar mana pun kesilapan dan kelalaian kita lakukan selama ini. (Ayat 152)
  5. SIHATKAN TUBUH : Jaga kesihatan tubuh. Jangan terlalu lama murung dan “overthinking”. Dapatkan lena yang mencukupi agar fikiranmu kembali waras esok hari. (Ayat 153)
  6. SIRAH NABI : Segala apa menimpamu, ketahuilah ia telah terjadi pada Rasul SAW. Apa jua musibah menimpa, Nabi kekal fokus pada tujuan kehidupannya. Jangan “distracted” dan “offside” (Ayat 164). Jika dengan musibah, Allah hadirkan cinta-Nya, mengapa menolaknya ? Tiga ciri sabar yang dikehendaki iaitu tiada “Wahn”, tiada “Dhaif”, tiada “Istikanah” (ayat 146)
  7. SELIDIK KESILAPAN SENDIRI AGAR TIDAK DIULANG : “Sometime we win, sometime we learn”. Berhenti menyalahkan sesiapa. Tuhan pilih kamu kerana Tuhan nak beri kebaikan pada kamu. Andai Uhud tidak terjadi, agaknya Gaza perlukan siapa untuk mereka gagah waktu ini ? (Ayat 165) Kesilapan yang telah dikenalpasti, jangan ulang (Ayat 135)
  8. SYURGA LEBIH BAIK : Kekadang Allah hilangkan orang kesayanganmu kerana Dia mahu rehatkannya dari kesakitan dunia (Ayat 170-171). Allah timpakan musibah padamu untuk al-Rahim mudahkan urusan hisab (Ayat 142)
  9. SEDIA HADAPI HARI BARU : Nabi tetap “move on” ketika pedih, agar kamu belajar jangan bersedih terlalu lama apa yang dihilangkan dari kamu (kemenangan dan harta ghanimah) dan musibah itu (kehilangan nyawa) (Ayat 172-173) (Ayat 153)
  10. SEBUT HASBUNALLAH : Senjata bertenang menghadapi kepungan musuh (Ayat 173)

USAR
Usrah USAMAH 6
7 Rejab 1445

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started