Kenang-Kenangan Bersama Memartabatkan al-Quran

Alhamdulillah. Beberapa “update”. Segala puji dan puja dikembalikan pada Allah Azza wa Jalla.

  • Talk “Healing dengan al-Quran” di UIAM Gombak anjuran Imasjid pada 26.10.23
  • Usrah anak muda al-Sabah (USAMAH) siri ketiga di pejabat Tadabbur Centre pada 27.10.23.
  • Seminar surah al-Zumar seharian bersama para pelajar Akademi Sinergi di Karangkraf, Shah Alam pada 28.10.23. Seminar ini saya kongsikan kehalusan makna kalimah za-ma-ra dan kajian Dr Umar Hasan Arafah mengenai 10 pertembungan antara “zumar” Muhammad SAW dan “zumar” kafirun. Gembira dengan kehadiran rombongan ustazah Asiah Aling dari Kuantan.
  • Talk “Akhir Zaman Dalam Fityah al-Kahfi” di UNIMAP. Kali pertama berkunjung ke sini, dipertemukan Prof. Dr. Saliman, Naib Canselor UNIMAP yang komited mendengar sesi dua jam bersama isteri beliau dan komited dengan program-program kerohanian pelajar di sini.
  • Usrah bulanan staff Tadabbur Centre-Paradigma Ibrah bersama penasihat tetap kami, Dr Azrul Azlan.
  • Talk “Akhir Zaman Dalam Kisah Zulqarnain” di UMK Bachok. Kali pertama berkunjung ke sini dan gembira “sambil menyelam boleh minum air” menziarahi bonda tercinta.
  • Bersama juara Akademi Qurra’ Musim Pertama, ustaz Qari Fahmi yang kumandangkan surah al-Hijr dengan menggoncangkan jiwa. Kefahaman yang mendalam pada surah ini membantu kita menghargai surah ini ketika ia ditarannumkan. Pihak Pusat Islam UPM mahu mengadakan perbincangan dengan Tadabbur Centre untuk persijilan tadabbur al-Quran, inshaallah kami akan berusaha ke arah perbincangan itu.
  • Kuliah Gaza dan Surah al-Musabbihat bagi memeriahkan minggu Palestin di surau al-Sobah. Di surau inilah juga lokasi Tadabbur Centre beroperasi sepenuhnya. Sangat nostalgik kuliah fizikal TC ini kerana inilah kuliah pertama percuma yang mengembalikan nostalgia kuliah kami di zaman Ostia, Bangi dahulu. Sokongan dan empati dari surau al Sobah amat mengharukan.
  • Pelancaran siri kedua surah Maryam dengan tema pengurusan emosi di KMP Academy, Kajang pada 3.11.23. Sempat bergambar dengan peserta yang mahu hadir fizikal kerana meyakini impaknya berbeza.
  • Forum Tadabbur al-Quran semalam bersama ustaz Abdullah Bukhari dan Qari ustaz Syazani di UIAM Gombak pada 5.11.23 anjuran Jam’iyyat Khadamatul Quran. Sempat hadiahkan pada ustaz Lah karya kerdil saya mengenai al-Qalam. Gembira dapat bertemu ustaz yang kebetulan semalam selesai melakukan tafsir (al-Munir) kesemua 6236 ayat-ayat suci al-Quran sepanjang 18 tahun mengajar di Masjid Ibnu Sina.

Alhamdulillah

INGATAN BUAT DIRI

‎ وَلَا تَمۡنُن تَسۡتَكۡثِرُ ٦

  1. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.

Hamka ketika mentafsirkan ayat 6 surah al-Muddaththir, “Dalam berdakwah, jangan menyebut-nyebut jasamu, jangan menghitung-hitung berapa banyak pengorbanan dan perjuangan telah dilakukan selama ini. Kononnya di sana tadi baru sahaja berlaku perjuanganku. Seseorang pula mengalami perubahan sikap kerana pengajaran yang aku berikan. Inilah satu penyakit yang kekadang sangat sulit untuk ditahan oleh mereka yang alpakan dirinya sendiri. Dilakukan kebajikan, lalu mahu disebut-sebut.”

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started