MENGURUS “MARAH” DAN “SAYANG” MENJELANG MALAM PENGUMUMAN KEPUTUSAN

Dua makhluk ini boleh jadi “mengganas” pada malam pengumuman keputusan PRN.

Kekallah mengawal keduanya agar kekal dalam orbit ketaatan pada Tuhan.

Keduanya tidak boleh dibuang kerana kita bernama manusia. Ia hanya mesti diurus dan dilurus dengan panduan Tuhan.

“Benci” bila datang, ia sangat mudah melupakan tuannya agar kekal berpada-pada ketika membenci. Usahlah melampau sangat, kelak menyesal.

Di sini duduknya surah al-Thalaq.

“Sayang” bila datang, ia sangat mudah melupakan tuannya agar kekal berpada-pada ketika menyayangi. Usahlah melampau sangat, kelak menyesal.

Di sini duduknya surah al-Tahrim.

Turunnya al-Thalaq dari langit agar jika engkau diuji dengan kebencian yang melampau, jangan sampai emosimu itu menjadikan engkau buta.

Turunnya al-Tahrim dari langit agar jika engkau diuji dengan kecintaan yang melampau, jangan sampai emosimu itu menjadikan engkau buta.

Bencilah sesuatu kumpulan kerana Allah,

Sayangilah sesuatu kumpulan kerana Allah,

Siapa yang mengatakan kedua-dua surah ini hanya mengenai perihal rumahtangga suami isteri, barangkali dia tidak membaca separuh masa kedua kedua-dua surah ini.

Kerana tidak membaca dari awal hingga ayat terakhirnya, maka dia tidak nampak bagaimana kedua-dua surah ini memuatkan perihal memimpin negara selepas diselesaikan dahulu perihal memimpin rumahtangga.

Keduanya telah ditakdirkan berjiran dalam mushaf agar kedua emosi benci dan sayang itu apabila berjaya diurus, maka siapapun yang akan memerintah, kita redha dan faham bahawa sudah aturan terbaik Tuhan yang mengawal segala pemerintahan dan kekuasaan.

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started