BERSAMA SURAH AL-QALAM PADA HARI SABTU INI INSHAALLAH

Kita perlukan lebih banyak penulisan tadabbur seperti Shekh Dr Muhammad Abdullah Diraz.

Jika al-Baqarah terlalu panjang, ambil sampel al-Qalam dari beliau.

Saya menemui gaya bahasa yang jarang boleh ditemui dalam karya-karya tafsir.

Sepanjang 28 halaman berbicara mengenai surah al-Qalam, beliau berjaya menyatukan, menghubungkan antara satu ayat dengan satu ayat, serasikan sehingga terserlah keindahan, jahitan yang dilakukan dengan gaya bahasanya tersendiri tanpa perlu menyebut-nyebut istilah “munasabah ayat” pun.

Shekh membuktikan kemenjadian “tanasub ayat” itu berlaku secara organik kerana ia sifat bukan dibuat-buat dari kalam Allah yang fasih dan “uhkimat”, yang membaca al-Quran dengan tartil dan tadabbur pasti menyedarinya.

Sehingga pembaca seperti membaca sebuah cerita yang terarah dan objektif, merasakan ketersusunan dan kesepaduan menuju gagasan dan idea besar yang diperjuangkan, tiada celaru.

Shekh benar-benar mengajar makna “surah”.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan ganjaran syurga tertinggi pada juhud tafsir dan tadabbur yang telah beliau curahkan.

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started