Motivasi Nuqaba KISAS: Memahami Kalimah نقيبا dan نقبا di dalam al-Quran

“Kalimah نقيبا dan نقبا berasal dengan wazan madhi yang berbeza. Kalimah نقيبا atas wazan madhi نَقُبَ yang membawa maksud terkehadapan atau membawa maksud paku. Manakala نقبا atas wazan madhi نَقَبَ yang membawa maksud lubang. Walaupun dua wazan berbeza, tapi kalimah ini membawa maksud yang sama iaitu “na-qi-ba” ini adalah orang yang terkehadapan, berperanan sebagai paku yang memberi kesan kepada orang lain seumpama paku yang memberi kesan lubang pada dinding.”

“Dalam surah al-Kahfi, “naq-ba” ialah lubang pada tembok binaan penduduk hentian ketiga. Zulqarnain AS telah berjaya mematikan sebarang keupayaan Yakjuj dan Makjuj mencipta lubang pada tembok besi tembaga berkenaan.”

“Dalam surah al-Maidah, perwakilan 12 kabilah Bani Israil itu diberi gelaran نقيبا kerana mereka perlu menyamar untuk memasuki Baitul Maqdis dan mendapatkan informasi mengenai pergerakan dan kekuatan musuh. Peranan mereka seumpama paku untuk menghasilkan lubang di tembok kebal Jabbarin. Sedangkan dalam surah al-Shu’araa’, mereka diberi gelaran berbeza iaitu أصحاب Nabi Musa kerana merekalah “think-tank” yang membantu urusan komunikasi dakwah Nabi Musa kepada Bani Israil yang amatlah besar jumlah mereka. Namun di hentian laut Merah yang membuntukan itu, yang paling rapat dengan Musa pun mengalami ragu.”

“Begitulah. Setiap kalimah telah diposisikan Allah di tempat yang bersesuaian dalam kitab-Nya”.

Syaari Ab Rahman
Motivasi Nuqaba KISAS
20 Muharram 1444 H

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started