

Ramai kita mengetahui pusingan pertama dan kedua dalam perang Uhud.
Pusingan pertama, kita menang sebagaimana Badar, menang dalam perang yang berat sebelah, menang dalam keadaan musuh jauh lebih besar.
Pusingan kedua, kita dipukul kerana sebahagian kita terlupa pesanan pemimpin kita sendiri.
Namun kita terlupa adanya pusingan ketiga. Al-Quran merakamkan pusingan ketiga yang mesti diberi perhatian, namun kita terlupa.
Pusingan inilah yang mengembalikan kekuatan kaum muslimin. Pusingan inilah yang sarat dengan ibrah untuk bangkit semula selepas kesakitan dan kepedihan.
Kentalnya iman mereka, kukuhnya azam mereka untuk menjaga maruah agama dan Rasul mereka. Mereka mengajar kita ada perkara kita boleh kawal, ada perkara luar kawalan kita. Lalu bagaimana kita bangkit semula selepas takdir yang menyakitkan menerpa ?
Benar, “api” dari perang Uhud telah sampai ke Madinah, namun Allah menjadikan api itu sejuk dan sejahtera ke dalam hati kaum muslimin.
Indah gaya bahasa “tadabbur” Shekh Dr Muhammad Abdullah Diraz menerusi sentuhannya sedikit pada kisah perang Uhud dalam surah Ali Imran.
Khususnya ketika mengulas mengapa Nabi صلى الله عليه وسلم tidak dikurniakan kemenangan tanpa putus dalam semua peperangan yang Baginda sertai dan ketuai.
Shekh mengakhiri penulisan ringkas beliau pada ayat perang Uhud dengan memotivasikan pejuang Palestin bahawa PUSINGAN KETIGA itu pasti akan hadir. Jangan berputus asa.
Leave a comment