“APABILA AKU SELESAI MEMBACA SURAH YANG MULIA INI, AKU DAPATI….”

Sheikh Dr Muhammad Abdullah Diraz RH seringkali berkata “selesai aku membaca surah yang mulia ini, aku menemui kesimpulannya…”

Sheikh sememang telah membelek tafasir yang banyak. Namun Shekh tidak pun menakalkan tafsir itu dan tafsir ini. Shekh berkongsi tadabburnya.

Ia benar-benar mengajar kita para pendakwah tafsir, guru pengajar tafsir, bahawa tidak cukup sekadar membaca banyak tafsir lalu memindahkan ilmu tafsir itu kepada masyarakat, sedangkan perkara paling asas dilakukan iaitu KEMBALI MEMBACA AL-QURAN atau MEMBACA SEMULA NAS-NAS AYAT YANG DIBELEK TAFSIRNYA itu sendiri dilupakan.

Shekh seakan menemui mutiara yang baru, yang seakan tidak ditemui dalam kitab tafasir, apabila beliau melakukan TILAWAH sekali lagi, atau berulang kali tilawah pada nas-nas yang telah dibelek tafsirannya.

Dan seringkali Shekh menggunakan istilah “al-surah al-karimah” iaitu mindset memuliakan al-Quran yang dibacanya bahawa ia bukan kalam sembarangan.

Sikap Malikatu Saba’ (إِنِّي أُلْقِيَ إِلَيَّ كِتَابٌ كَرِيمٌ) benar-benar berbekas dalam ruh penulisan dan ruh tadabburnya.

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started