MERUMUS KISAH TIGA RASUL DALAM SURAH YASIN

Kedatangan para Rasul untuk mengembalikan nama baik sebuah bangsa dan negara, bukan sebaliknya membawa malapetala dan bencana. Yang sebaliknya mereputkan kestabilan negara ialah al-Mala’ yang hanya melihat gerakan kebenaran sebagai ancaman kepada survival tampuk kekuasaan mereka.

Sebuah kisah penggembelingan kreativiti dan kerja sepasukan antara tiga Rasul sebagai belas kasihan dari al-Rahman agar kaum yang melakukan syirik itu akhirnya berkemahuan untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Sebuah kisah mengenai penyakit manusia yang sulit beriman kepada wahyu dan segala berita ghaibiyyat selagi tidak didatangkan keajaiban dan cerita pelik-pelik yang memukau mata pandangan.

Sebuah kisah PENGIKUT YANG BERIMAN, hati yang dihidupkan Tuhan dari kematian, seorang diri tanpa disuruh sesiapa, memilih untuk menyumbang tenaganya bagi dakwah, proaktif membantu tiga Rasul, bergegas mahu menyelamatkan kaumnya dari bencana azab yang semakin mendekat.

Sebuah kisah mengenai kecintaan si syahid untuk kembali ke dunia dari alam barzakh agar dapat dikhabarkan kepada ahli keluarganya dan ummatnya bahawa alam barzakh bagi mukmin itu jauh lebih selesa, jauh lebih damai dan jauh lebih bahagia dari alam dunia.

Sebuah kisah yang tidak diperincikan Tuhan lokasinya, zamannya agar maknanya kekal “terbuka” lalu mengena semua zaman-zaman dan manusia-manusia yang sewaktu dengannya.

Semoga surah Yaasin kekal dalam hati kita, mengubah perilaku dan pemikiran kita kepada tujuan kehidupan yang sementara ini.

Wallahu a’lam

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started