KERENAH TIGA KUMPULAN MANUSIA DALAM SURAH FUSSILAT

Tema surah ini ialah keagungan al Quran dengan segala kehebatan dan kemukjizatannya, namun aneh benar bagaimana manusia masih berpaling darinya, tidak pun memberi perhatian kepadanya ketika ia diperdengarkan ke atas mereka.

Kalimah أعرض telah berulang sebanyak tiga kali – ayat 4, 13, 51 – dalam surah ini dengan konteks yang unik pada setiap satu ayatnya, lalu ia menjelaskan penekanan dan pemberat surah Makkiah ini.

Lebih menarik lagi, inilah satu-satunya surah yang memaparkan proses penciptaan bumi dan langit dengan amat terperinci dan rapi “step by step” sebagaimana dijelaskan al-Quran. Apakah hikmah ia dipaparkan dalam surah ini ?

Surah 85 ayat ini membuat pendedahan ekslusif TIGA KUMPULAN MANUSIA sepanjang zaman di hadapan ayat-ayat Allah dan bagaimana surah ini begitu sempurna ketika mendatangkan RAWATAN kepada ketiga-tiga penyakit berkenaan dengan begitu teratur dari awal hingga akhir.

Kumpulan “berpaling” yang pertama ialah YANG SERTA MERTA MENJAUH DAN MELARIKAN DIRI DARI MENDENGAR KEBENARAN AL-QURAN APABILA DIBACAKAN. (Ayat 5-24)

Kumpulan “berpaling” kedua ialah YANG MELARANG ORANG LAIN MENDENGAR KEBENARAN AL-QURAN DENGAN CARA MEMBUAT GANGGUAN SEMASA IA DISAMPAIKAN. (Ayat 25-36)

Kumpulan “berpaling” ketiga ialah YANG SUDAH MENDENGAR KEBENARAN AL-QURAN, NAMUN MEMILIH UNTUK KEKAL DENGAN KEBATILAN TANPA SEBARANG HUJAH. (Ayat 37-45)

Adakah kita berada dalam salah satu kumpulan di atas ? Sama sama kita beringat.

Ke pekan Tumpat membeli ketupat,
Lupa jalan akhirnya sesat,
Besarnya nikmat surah Fussilat,
Sesama kita salinglah beringat.

Rujukan :
Kitab روح القرآن من سور (آل حم) ومحمد والفتح والحجرات
Ahmad al-Watari (2016, Dubai)

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started