DALAM SURAH AL MAIDAH, NABI MUSA MAHU MENGAMBIL ALIH PALESTIN DARI PENDUDUK ASING. MAKA YAHUDI HARI INI MENERUSKAN “SUNNAH” NABI MUSA. BENARKAH ?

1. Nabi Musa yang sama bantu dua wanita Madyan Arab ? Atau kalian nak kata Madyan bukan orang Arab ? Jangan mazhab “favouritsm” dengan kitab kalian sendiri dan selektif dalam fakta sejarah moyang kalian

2. Musa tidak teruskan hasrat tawan Baitulmaqdis apabila mendapati pengikutnya bermasalah. Musa menerima ketentuan Tuhan untuk menghukum 40 tahun kaumnya yang khianat di padang Tih. Adakah kalian nak beritahu Musa atau kemudiannya Yusha’ menang ke atas Baitulamaqdis sebagai penjenayah perang yang mahu merampas Baitulmaqdis dan menukar keamanan kepada ketakutan ? Atau adakah kamu mahu berkata Jabbarin dalam Baitulmaqdis yang zalim dan ganas itu diperumpamakan kaum Muslimin di Palestin sekarang ? Fahamkan kamu mengapa al-Quran menyebut Jabbarin lalu Musa diperintahkan untuk membebaskan Baitulmaqdis dari Jabbarin berkenaan ? Nampakkan nilai Musa sebagai bapa kemerdekaan, buka bapa penjajahan ? Kamu membaca sejarah kamu sendiri dengan mata terpejamkah ?

3. Di bawah pimpinan Bani Israil yang soleh, Baitulmaqdis menjadi tempat berteduh manusia dari agama apapun. Adakah ada nilai soleh itu pada kamu atau kamu berkata kamu akan jadi soleh selepas membunuh penduduk Palestin sebagaimana diungkapkan ikhwah Yusuf terhadap Yusuf ?

4. Back to basic. Allah muliakan moyang kamu dahulu kerana nilai Islam, bukan “Yahudi”. Yahudi terminologi kalian datangkan di kemudian hari sedangkan Ibrahim dan Yaaqub itu memperjuangkan Islam (al Baqarah, 132), bukannya Yahudi. Islam agama yang menerima siapapun anda tanpa melihat anda keturunan nabi atau tidak. Apa guna berbangga menjadi keturunan Nabi namun ajaran Nabi tidak dikufuri sebagaimana Qabil mengkufuri wasiat ayahnya sendiri Adam seorang Nabi ? Bukankah Daud sudah melaknat kalian yang kafir apabila kalian membunuh nabi nabi kalian sendiri (al Maidah, 78) ? Sudah lupa pada apa kalian buat kepada Maryam dan Isa bin Maryam hingga perlu diangkat ke langit dan dikembalikan semula ke bumi nanti ?

5. Ibrahim bukan hanya ada Ishak lalu menghadiahkan tanah Syam di bawah Bani Israil dan bangsa Ibrani. Ibrahim punyai anak yang lebih senior iaitu Ismail. Bani Ismail itulah bangsa Arab. Lalu apa masalah kalian melaga-lagakan Bani Israil dan Bani Ismail sedangkan kedua duanya dari madrasah tarbiyah Ibrahim yang satu ? Kalau senioriti menjadi isu, kamilah yang lebih wajar menyatakan Ibrahim itu milik kami kerana Ismail itu anak pertamanya, namun kami tidak melakukan perbuatan banding membanding dan saling membenci yang kalian lakukan akibat bisikan syaitan. Bukankah syaitan itu musuh yang nyata walau kepada anak-anak Nabi ? (Yusuf, 5)

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started