PALESTIN DAN PERTEMBUNGAN KUMPULAN “AKHIRAH” DENGAN KUMPULAN “AJILAH”

Berjiran dengan surah al-Kahfi yang memaparkan kisah pemuda yang bangkit dari “kematian”, maka surah al-Isra’ bertemakan keimanan kepada hari kehidupan semula selepas kematian.

Berpaksikan ayat 1 yang merupakan sebuah peristiwa yang menimpa Rasul di Masjidil Aqsa yang tiada seorang pun manusia melihatnya, maka tema keimanan kepada Ghaibiyyat ini sedang dipasakkan surah al-Isra’ sehingga peristiwa itu menjadi nama surah 111 ayat ini.

Jika sudut pandang kepada surah al-Isra’ ialah pelan bertindak membuka Masjidil Aqsa dan Palestin di akhir zaman, maka fahamlah kita ini bukan sekadar pertembungan Muslim dengan Zionis, bahkan pertembungan kumpulan manusia yang beriman pada hari Pembalasan (kumpulan الآخرة) dengan kumpulan manusia yang tidak beriman kepada hari Pembalasan (kumpulan العاجلة).

Sebagaimana saudara-saudara kita di Gaza dan Palestin menyerlahkan kepercayaan mereka kepada hari Pembalasan apabila menerima berita kesyahidan anak atau suami atau ahli keluarga mereka, maka kita juga hendaklah serlahlah kepercayaan kita pada hari Pembalasan dalam setiap tindakan dan perkataan kita sepanjang peperangan maya antara Muslim-Zionis ini.

Mungkin inilah hikmah surah al-Isra’ menjadi surah Makkiah – bertemakan keimanan kepada Allah dan hari Pembalasan – yang turun sebelum hijrah meskipun peristiwa pembukaan Masjidil Aqsa dan pembukaan tanah Syam berlaku selepas hijrah (di bawah pimpinan murid Nabi صبى الله عليه وسلم, khalifah Umar al-Khattab رضي الله عنه).

Wallahu a’lam

ذَلِكَ جَزَاؤُهُم بِأَنَّهُمْ كَفَرُواْ بِآيَاتِنَا وَقَالُواْ أَئِذَا كُنَّا عِظَامًا وَرُفَاتًا أَإِنَّا لَمَبْعُوثُونَ خَلْقًا جَدِيدًا

Al-Israa’: 98

Balasan mereka yang sedemikian, ialah kerana mereka kufur ingkarkan ayat-ayat Kami, dan mereka berkata: “Adakah sesudah Kami menjadi tulang dan benda yang reput, adakah Kami akan dibangkitkan semula dalam kejadian yang baharu?”

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ قَادِرٌ عَلَى أَن يَخْلُقَ مِثْلَهُمْ وَجَعَلَ لَهُمْ أَجَلاً لاَّ رَيْبَ فِيهِ فَأَبَى الظَّالِمُونَ إِلاَّ كُفُورًا

Al-Israa’: 99

Tidakkah mereka mahu memikirkan dan meyakini bahawa Allah yang menciptakan langit dan bumi, berkuasa menciptakan orang orang yang seperti mereka (dalam bentuk yang baharu), padahal Ia telahpun menentukan bagi mereka tempoh yang tidak ada syak padanya.? Dalam pada itu, orang orang yang zalim enggan menerima melainkan kekufuran.


Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started