BERINTERAKSI DENGAN KISAH ZULQARNAIN

“Cyrus, raja Himyar, Akhenatun, raja “misteri” pada zaman Nabi Ibrahim, Melchizedek, Alexander, atau lainnya, semua seakan-akan “berlumba-lumba” untuk merebut kedudukan Zulqarnain yang mulia di dunia dan di Akhirat.

Betapa harumnya sosok Zulqarnain di tengah-tengah manusia hanya kerana kisahnya diabadikan dalam al-Quran.

Pada akhirnya, hanya ada satu Zulqarnain sahaja. Itulah Zulqarnain yang Allah abadikan keimanan dan amal solehnya dalam surah al-Kahfi.

Zulqarnain adalah Zulqarnain, seorang raja yang Allah beri nikmat melimpah dan nikmat terbesar-Nya ialah tauhid dan taufik untuk beramal soleh menerusi pemerintahan yang adil.

Nama aslinya, nasabnya, kabilahnya, zaman hidupnya, jumlah tenteranya, keluasan wilayah pemerintahannya, lokasi dinding besi campuran tembaganya, tidaklah lebih penting dari keteladanan Zulqarnain yang mesti diambil faedah oleh kaum Muslimin.

Siapa pun yang dinisbahkan dengan Zulqarnain, yang jelas dan muktamad ialah beliau bukan menyembah banyak tuhan, tidak pula menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, tidak meminum arak atau menyukai sesama jantina atau raja yang suka membantai tenteranya, bukan pemimpin pelancong yang suka berfoya-foya dengan wanita bersama harta, atau mengancam negara-negara jiran untuk menunjukkan lagak koboinya sebagai polis dunia, jauh sekali pemimpin yang menginfakkan hartanya di hadapan kamera dan eksploitasi media.

Siapapun gerangan Zulqarnain, beliau tidak sekali kali seperti pimpinan Nazi yang membunuh jutaan nyawa atau seperti tentera Zionis Israil yang membina dinding untuk memisahkan kaum Muslimin di Palestin dari hak tanah air mereka sendiri.

Zulqarnain, insan yang telah membina dinding yang masih tersembunyi lokasinya sebagaimana dirinya, namun jasa dan manfaatnya diberitakan al-Quran untuk seluruh manusia dan jin.

Zulqarnain sudah wafat sebagaimana manusia lainnya. Namun, kisah Zulqarnain itu diabadikan selamanya dan pada hari Penghisaban kelak, Zulqarnain akan menghadap Rabb-Nya dengan kemuliaan amal solehnya sebagi raja yang Allah firmankan dalam al-Quran.

Allah berikan di tengah-tengah kita al-Quran yang mengandungi kisah-kisah terbaik. Membelakangi kisah-kisahnya dan mencampakkan al-Quran adalah kerugian yang nyata.”

Wisnu Tanggap Prabowo
“Zulqarnain Agung ; Antara Cyrus dan Alexander, Jejak Cerita Dalam al-Quran dan Riwayat Sejarah”

Wallahu a’lam
Selesai bacaan pada 27 Jan 2021

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started