
Sangat menarik apabila Prof. Dr Ali Muhyiyuddin al-Qarahdaghi dalam kitabnya يوسف قدوة للمسلمين في في غير ديارهم berpendapat bahawa ayat 22 menunjukan kenabian Yusuf berlaku selepas melalui fasa غلام (ayat 12) dan fasa ولدا (ayat 21).
Tinggi ilmu, tetapi kurang hikmah bukanlah ciri gerakan dakwah Islam yang matang dan على بصيرة.
قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf, 12 : 108)
TASYA SIRI 5 : HIKMAH KENABIAN YUSUF PADA USIA BELIA, BUKAN REMAJA ATAU KANAK-KANAK
“Antara ciri-ciri ketidakmatangan pemuda-pemudi Islam yang cintakan perubahan ummatnya ialah kuat bermimpi tidak menjejak realiti, tergesa-gesa hingga kurangnya kesabaran, terlalu bersemangat sehingga sanggup memberontak kepada ibubapa mereka sendiri, terlalu takjub dengan tokoh-tokoh masa lampau. Sifat-sifat terlalu bersemangat sebegini hendaklah dibimbing agar buah kebangkitan pemuda-pemudi Islam ini berkekalan manfaatnya kepada manusia.”
Muqaddimah
Kitab الصحوة الاسلامية من المراهقة الى الرشد
Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Doha, 2002
Semoga Allah merahmati Allamah Shekh Prof. Yusuf al-Qaradhawi yang menggagaskan sepuluh langkah penting agar kebangkitan Islam berpindah dari fasa “kebudak-budakan” menuju kematangan. Karya 367 halaman ini ditulis Shekh dari Dhoha pada tahun 2002.
1- من الشكل والمظهر إلى الحقيقة والجوهر
Beralih daripada format dan simbol kepada hakikat dan kandungan
2- من الكلام والجدل إلى العطاء والعمل
Beralih daripada perdebatan kepada perbuatan.
3- من العاطفية والغوغائية إلى العقلانية والعلمية
Beralih daripada sikap emosional kepada sikap ilmiah.
4- من الفروع والذيول إلى الرؤوس والأصول
Beralih daripada sikap menumpukan perhatian dalam masalah cabang kepada masalah pokok.
5- من التعسير والتنفير إلى التبشير والتيسير
Beralih daripada sikap menyulitkan kepada sikap memudahkan.
6- من الجمود والتقليد إلى الاجتهاد والتجديد
Beralih daripada sikap jumud dan taklid kepada sikap ijtihad dan pembaharuan
7- من التعصب والانغلاق إلى التسامح والانطلاق
Beralih daripada sikap Eksklusif kepada sikap Inklusif.
8- من الغلو والانحلال إلى الوسطية والاعتدال
Beralih daripada sikap berlebih-lebihan kepada sikap pertengahan
9- من العنف والنقمة إلى الرفق والرحمة
Beralih daripada sikap berkeras kepada sikap berhikmah.
10- من الاختلاف والتشاحن إلى الائتلاف والتضامن
Beralih daripada pertelingkahan kepada persatuan.
Wallahu a’lam
Leave a comment