
Firman Allah SWT :
وَجَاءَتْ سَيَّارَةٌ فَأَرْسَلُوا وَارِدَهُمْ فَأَدْلَىٰ دَلْوَهُ ۖ قَالَ يَا بُشْرَىٰ هَٰذَا غُلَامٌ ۚ وَأَسَرُّوهُ بِضَاعَةً ۚ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَعْمَلُونَ
Dan (semasa Yusuf dalam perigi) datanglah ke tempat itu satu rombongan (ahli perniagaan) yang sedang dalam perjalanan; lalu mereka menghantarkan seorang pencari air bagi mereka; (setelah sampainya ke perigi itu) dia pun menghulurkan timbanya (dan manakala ia melihat Yusuf bergantung pada timbanya) ia berseru dengan katanya: “Hai, (ini) sungguh mengembirakan! Ini adalah seorang budak lelaki (yang cantik parasnya)”. (Setelah mengetahui hal itu) MEREKA SEMBUNYIKAN KEADAAN YUSUF YANG SEBENARNYA (UNTUK DIJUAL) SEBAGAI BARANG DAGANGAN. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (Yusuf, 12 : 19)
Nama Allah العليم terdapat sebanyak 157 kali dalam al-Quran.
Namun, frasa وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِمَا يَعْمَلُونَ hanya disebut sekali sahaja dalam al-Quran menggambarkan ekslusifnya perhatian Allah SWT kepada babak yang ditampilkan dalam ayat.
Al-Allamah al-Syaukani (wafat 1250 H) menyifatkan frasa ini sebagai kecaman keras dari Allah SWT kepada kafilah dagang yang menemui Yusuf berkenaan.
Mengapa tidak dikecam sedangkan kanak-kanak itu tidak pun dikembalikan kepada keluarganya, bahkan dipandang sebagai “barang” untuk dijual.
Yusuf masih terlalu kecil, mustahil untuk seorang kanak-kanak kecil yang baru diselamatkan, tidak mahu berbicara, merayu agar dipulangkan kepada keluarganya.
Ternyata, jiwa materialistik sehingga hilang sensitiviti kepada kanak-kanak kecil bukan hanya penyakit hati kafilah dagang atau saudara-saudara Yusuf, bahkan ia boleh menimpa kita ibubapa.
Semoga Allah lindungi kita.
Leave a comment