
Dr Fuad al-Banna dalam karya beliau bertajuk أسماء السور ودورها في صناعة النهضة الجامعة (2012) menyenaraikan surah Muhammad antara sepuluh surah “acuan” peradaban Islam yang progresif.
Menurutnya, surah Muhammad mengeluarkan enam sifat “pasukan” Muhammad صلى الله عليه وسلم tanpa membataskan sifat “pasukan” itu kepada batasan masa dan batasan tempat.
Surah ini membumikan ciri-ciri “pasukan” Muhammad dari para Sahabat رضي الله عنهم kepada kita di akhir zaman dengan enam sifat ;
- Iman yang kental dan berkekalan kepada Allah dan Rasul-Nya
- Mengambil manhaj sebab-akibat dengan memberi perhatian kepada aspek strategi dan ikhtiar
- Membuka pintu akal dan hati kepada aktiviti tafakkur dan tadabbur
- Bersenjatakan ilmu yang sahih dan pengetahuan semasa
- Beriltizam dengan akhlak dan adab-adab yang mulia
- Memahami dan mengamalkan konsep jihad yang menyeluruh
Leave a comment