Mengapa kalimah أسباب kekadang ditulis al-Quran dengan أسبٰب tanpa alif ?
Kekadang kita tidak ambil kisah pun tulisan Rasm al-Quran sedangkan ia menjadi satu bab khusus dalam Ulum al-Quran kerana boleh membantu tadabbur.
Sejak ditegur oleh penyelia saya dahulu agar memastikan hanya Rasm Uthmani sahaja digunakan, bukan Imla’ie untuk nas-nas al-Quran dalam thesis agar biar beza hasil kerja orang Pengajian Islam, saya bertekad menjadikan semua buku-buku tulisan saya menggunakan Rasm Uthmani meskipun agak leceh dan mungkin membebankan desainer.
Kalimah أسباب disebut dalam surah al-Baqarah sahaja. Manakala dalam surah Saad dan Ghafir disebut secara berbeza iaitu أسبٰب tanpa alif.
Ternyata ada alif atau tiada alif mempunyai tujuan kerana “asbab” ada alif berbeza maknanya dengan “asbab” tanpa alif.
Al-Baqarah menjelaskan “asbab” yang nampak iaitu hubungan kekeluargaan. Namun ia putus pada hari Kiamat.
Saad dan Ghafir menjelaskan “asbab” yang takkan nampak iaitu jalan-jalan ke langit.
Allahu Akbar !
Ini baru satu perbahasan.
Ada lagi 95 perbahasan kesemuanya.
Ya, semuanya berlegar sekitar ijtihad dan pendapat. Namun sebagai pelajar, sebagaimana juga isu Munasabah surah dan Munasabah ayat, tugas kitalah menyaring dan memilih pendapat yang terkuat dalam perkara-perkara yang tidak diperjelas kenapa begitu dan mengapa begini oleh generasi al-Quran terdahulu.
Jika anda seperti saya yang memilih untuk berpegang kepada pendapat tulisan Rasm al-Quran ialah tauqifi, maka karya ini wajar dimiliki.
Dalam senyap, adinda saya ustaz Dzulkhairi Khairi menulis penuh teliti. Semoga Allah memberkati juhud beliau memandaikan ummat dengan khazanah Ulum al-Quran dan seni tadabbur yang ditinggalkan para ulama.
Wallahu a’lam
Syaari Ab Rahman
3 Rabiul Awwal 1442
Bangi


Buku Terbaru Saya.
Mohd Dzul Khairi bin Mohd Noor,
ALP Yayasan Usuluddin Malaysia (YaUM).
Bismillah walhamdulillah, saya dengan perasaan penuh syukur dan gembira ingin mengumumkan bahawa saya baru menyiapkan sebuah buku berbentuk E-BOOK yang berjudul
RAHSIA TULISAN AL-QURAN.
Ini merupakan e-book kedua selepas buku Rahsia di Sebalik Nama.
1- Mengapa anda harus memiliki buku ini?
Buku ini akan mendedahkan kepada anda kajian yang telah dilakukan bagi menjawab persoalan “Mengapa wujud perbezaan dalam tulisan al-Quran?”
2- Antara perbezaan tulisan yang wujud dalam al-Quran ialah seperti berikut:-
a- Perkataan ihsan antara ejaan إحسن dengan إحسان.
b- Perkataan ayyam antara ejaan أيم dengan أيام.
c- Perkataan subhana antara ejaan سبحن dengan سبحان.
d- Perkataan kitab antara ejaan كتب dengan كتاب.
e- Perkataan imra’ata antara ejaan امرأة dengan امرأت.
3- Buku ini membincangkan 69 perbezaan tulisan dalam al-Quran. Masih banyak lagi perbezaan tulisan yang lain namun itu di luar kemampuan saya.
4- Antara perbezaan tulisan yang masih menghantui saya ialah perbezaan antara tabaraka yang dieja تبرك seperti dalam surah al-Mulk dan تبارك yang dieja dalam surah al-Furqan.
5- Perbezaan tulisan ini menyerlahkan sisi mukjizat al-Quran yang cukup istimewa dan boleh dianggap sebagai rahsia di sebalik rahsia. Bagi saya yang berpegang bahawa tulisan al-Quran rasam Uthmani memang bersumberkan Jibrilalaih al-salam, sangat-sangat berpuas hati.
6- Ini bukanlah kajian yang dipelopori oleh saya. Saya sebetulnya memetik daripada kitab lain dan juga beberapa bacaan lain, lalu merumuskan semula dalam bahasa melayu dengan menggunakan penerangan yang mudah.
7- Apabila kita mengetahui maksud tersirat di sebalik perbezaan tulisan, kita akan lebih memahami kehendak Allah Taala. Apapun, ini hanya kajian; yang mana tiada siapa boleh mendakwa kajiannya tepat sepenuhnya.
Sebagai contoh, apabila al-Quran membicarakan perihal isteri secara umum, al-Quran menyebutkan imra’ah dengan tulisan امرأة.
Namun, ketika membicarakan isteri orang-orang tertentu seperti isteri Nabi Lut dan `Imran, imra’ah dieja امرأت.
8- Buku ini merupakan terbitan Yayasan Usuluddin Malaysia (YaUM). Bermakna, ini merupakan buku berbentuk e-book kedua selepas Rahsia di Sebalik Nama.
9- Buku ini lebih mudah dibaca melalui telefon mudah alih.
10- Ketebalan buku ini dengan tulisan Times New Roman saiz 12 ialah 179 halaman.
11- Buku ini hanya dijual dengan harga seperti berikut:-
(a) RM20: Ini merupakan harga asas dan untuk orang yang tidak mengalami masalah kewangan.
(b) RM10: Ini pula harga untuk orang yang tidak berduit sangat, namun masih ada sedikit lebihan.
(c) RM0: Untuk sesiapa sahaja yang mengalami masalah kewangan dan berkira-kira untuk mendapatkannya disebabkan memikirkan pelbagai bebanan lain terutamanya makan minum dan belanja persekolahan anak. Dengan syarat, memang berminat untuk membacanya.
12- Sesiapa yang berminat, boleh hubungi saya atau sahabat saya Ustaz Hakim Darno. Kami akan mengirimkan (email) DUA VERSI buku yang berbeza saiz.
13- Sekiranya buku saya ini tidak berbaloi atau langsung tidak menambahkan nilai ilmu, maka duit akan dikembalikan semula. Insha Allah.
Leave a comment