Bersyukur itu bukanlah sekadar lafaz, bahkan mestilah dijelmakan dalam bentuk ilmu dan tindakan mencegah bahaya mengena tubuh di medan perang. Sunnah Nabi Daud itu bukanlah sekadar pada berpuasa, bahkan pada memikirkan usaha-usaha terbaik untuk menyelamatkan ummat dari bahaya musuh yang nampak atau musuh yang tidak nampak di hadapan. Semoga firman Allah SWT kepada Nabi Daud iaitu لِتُحْصِنَكُم مِّن بَأْسِكُمْ itu menjadi prinsip dan keutamaan kita mendepani musibah gelombang kedua Covid-19 ini. Mematuhi firman Allah seperti ini juga merupakan sebahagian dari perintah ketaqwaan.

Leave a comment