Antara sebab aku beli tafsir “Tarjuman al-Quran” ini kerana mahu perhalusi kisah “Cyrus The Great” menurut Old Testament dan literasi orang-orang Yahudi sendiri.






Mereka yang membekalkan tiga soalan kepada pimpinan kafir Quraish – lalu turunlah surah al-Kahfi – pastinya mereka mahu mengetahui perincian mengenai seseorang yang dianggap mereka “penyelamat besar” datuk moyang mereka di negara Babil dahulunya.

Abul A’la al-Maududi, Dr Solah al-Khalidi serta ustaz Nouman juga sependapat dengan penemuan Maulana Abul Kalam Azad mengenai raja “Khorus” ini.




Apapun penemuan, Al-Quran mempunyai hikmah besar apabila mendiamkan perincian mengenai identiti sebenar “pemilik dua tanduk” dan lebih menzahirkan aspek kualiti kepimpinannya yang beriman dan menegakkan keadilan serta kebajikan di tiga hentian perjalanannya.
Apapun penemuan, di akhirnya kita perlu berkata WALLAHU A’LAM.
Leave a comment