Salah SATU dari 405 kalimah yang “yatim piatu” dan bersendirian, yang tidak berulang dalam al-Quran dalam apa jua bentuk kata terbitan, ialah تَدَّخِرُونَ .
وَأُنَبِّئُكُم بِمَا تَأْكُلُونَ وَمَا تَدَّخِرُونَ فِي بُيُوتِكُمْ ۚ
“…dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu…” (Ali Imran, 3 : 49)
Ia merujuk kepada SATU-SATUnya mukjizat Nabi Isa a.s. yang tidak diberikan kepada mana-mana anbiya’.
Sehinggakan al-Quran sendiri ketika menyebut senarai panjang mukjizat-mukjizat Nabi Isa dalam surah Ali Imran (ayat 49) dan al-Maidah (ayat 110), mukjizat ini hanya disebut SATU kali sahaja iaitu dalam surah Ali Imran dan ia tiada dalam al-Maidah.
Itulah تَدَّخِرُونَ !
SATU-SATUnya sikap yang sudah berdarah daging dengan Bani Israil zaman berzaman ialah menyimpan sebanyak mungkin harta benda dan perhiasan yang mereka perolehi, tanpa zakat dan infaq walau satu sen kepada faqir miskin dan kaum yang memerlukan.
Itulah تَدَّخِرُونَ !
SATU-SATUnya sikap “al-Takathur” yang sudah bersebati dengan Bani Israil ialah mengumpul penuh kerahsiaan segala kekayaan dan kemewahan mereka dalam rumah, dengan sangkaan tiada manusia mengetahui kekayaan dalam diam yang mereka bina dari hari ke hari.
Itulah تَدَّخِرُونَ !
SATU-SATUnya sikap yang “berjaya” membezakan Yahudi Bani Israil dengan bangsa-bangsa lain di atas muka bumi ini ialah pendapatan yang berdasarkan riba yang dihalalkan lalu disimpan keuntungan itu dalam lokasi-lokasi rahsia dalam “bank” rumah mereka yang tidak mungkin ditemui oleh sesiapa pun mereka diri mereka sendiri !
Itulah تَدَّخِرُونَ !
Ia disebut di awalan Ali Imran pada ayat 49 sebagai mukjizat dan pengetahuan ghaib Nabi Isa a.s. yang bakal menjadi musuh utama mereka.
Ia diperjelas di hujungan Ali Imran pada ayat 181 sebagai perkataan celupar di sebalik kegilaan mengumpul kekayaan dalam rumah mereka.
! إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ
SATU-SATUnya perangai busuk sehinggakan al-Quran memilih kalimah yang paling tepat ketika ada beberapa kalimah sinonim lain boleh dipilih, namun kalimah yang ada unsur شَدَّة menerusi huruf راء yang dipilih Yang Maha Halus lagi Maha Teliti, dipaparkan pula dalam bentuk فعل مضارع yang menjelaskan konsistensi mereka bertabiat sedemikian setiap kali mereka meraih peluang, kombinasi huruf dan kata perbuatan yang menggambarkan dahsyatnya kekaratan sikap mereka terhadap nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka.
SATU-SATUnya identiti buruk mereka sehingga ia hanya disebut SATU kali sahaja dalam al-Quran.




Wallahu A’lam !
Syaari Ab Rahman
13 Muharram 1442 H
Bangi
Leave a comment