Al-Quran sangat teliti dalam pemilihan perkataan. Kekadang satu kalimah itu apabila diterjemahkan, terjemahannya sama sahaja dengan kalimah lain dalam al-Quran, sedangkan hakikat sebenar sangatlah berbeza.
Antara fenomena kemukjizatan al-Quran yang tidak pernah terhenti kajian dijalankan ialah kalimah-kalimah yang unik dan bersendirian, yang hanya muncul sekali sahaja tanpa ada pengulangan dalam apa jua bentuk. Ia disebut “al-Farid” atau jama’nya, “al-Fara’id”.
Ilmu al-Faraid ini lahir dari satu keyakinan bahawa يصغ كل شئ في موضعه الأحق الأجدر بوجوده الذي لا يصلح غيره أن يحل محله ?
Tahukah anda enam kalimah fara’id dalam kisah Nabi Nuh iaitu نسرا , تزدزي , منهمر , دسر , ابلعي dan أقلعي ?
Tahukah anda ada enam kalimah fara’id dalam kisah Nabi Hud iaitu الأحقاف , ريع , إرم , منقعر , حسوما dan صرعى ?
Tahukah anda ada tiga kalimah fara’id dalam kisah Nabi Soleh iaitu سهولها , فارهين dan دمدم ?
Tahukah anda ada tujuh kalimah fara’id dalam kisah Nabi Ibrahim, Ismail dan Luth iaitu يزفون , حنيذ , صكت , الروع , تفضحون , تله dan للجبين ?
Tahukah anda ada tiga belas kalimah fara’id dalam kisah dan surah Yusuf iaitu اطرحوه – يرتع – دراهم – الزاهدين – غلقت – هيت – شغفها – خبزا – حصحص – نمير – صواع – تفتأ – تفندون ?
Tahukah anda ada tiga puluh kalimah fara’id dalam kisah Nabi Musa ?
Tahukah anda ada sembilan kalimah fara’id dalam kisah Nabi Daud dan Sulaiman iaitu السرد – ففهمناها – فتبسم – الهدهد – الخبء – عقريت – جفان – الصافنات – رخاء ?
Tahukah anda ada empat kalimah fara’id dalam kisah Nabi Yunus iaitu أبق – فساهم – يقطين – ذا النون ?
Tahukah anda ada dua kalimah fara’id dalam kisah Nabi Zakariya iaitu اشتعل dan رمزا ?
Tahukah anda ada dua kalimah fara’id dalam kisah Nabi Isa dan Maryam iaitu المخاض dan تدّخرون ?
Dan tahukah anda ada empat belas kalimah fara’id dalam kisah Nabi Muhammad SAW dalam al-Quran seperti نبتعل – فظّا – فتهجد – قاب – قوسين – بضنين dan lain lain ?
Tahukah anda ada sebelas lagi kalimah fara’id dalam lima kisah-kisah al-Quran yang tidak berulang dalam al-Quran seperti فجوة – أيقاظا – ردما – العرم – الفيل dan lain lain ?

Kajian juga menemui dapatan berikut dan pengkaji merungkai hikmahnya bersama :
- hanya 28 surah sahaja yang tiada kalimah fara’id !
- kalimah fara’id paling banyak dalam surah al-Baqarah iaitu 23 kalimah !
- terdapat 405 kalimah fara’id kesemuanya dalam al-Quran !
- majoriti al-fara’id ini dalam kisah-kisah umat terdahulu !
- al-fara’id paling banyak dalam kisah Nabi Musa !
Lalu bagaimana tadabbur kita pada kalimah-kalimah ini ? Bagaimana isu ini dilihat dari perspektif mukjizat (al-Quran mencabar manusia dan jin untuk mendatangkan seperti al-Quran) ?
Lebih menarik dan bakal “mengenyangkan” anda ialah perbincangan rahsia pemilihan kalimah itu pada menjelaskan uniknya karakter khusus manusia yang dimaksudkan oleh nas-nas yang diturunkan dari Tuhan seluruh manusia (رب العالمين) berkenaan.
Selamat membaca 325 halaman kajian tahun 2012 dari Prof. Dr. Abdullah Abdul Ghani Sarjani. Terima kasih Dr Mardeeyah de Mardeeyah atas kiriman berharga ini. Barakallah fik wa fikum ajma’in.
Syaari Ab Rahman
11 Muharram 1442
Bangi
Leave a comment