TIADA PERINCIAN, ITULAH UJIAN KEIMANAN DALAM SURAH ORANG-ORANG YANG MANTAP IMAN

Shekh Dr Fadhl Hassan Abbas menerusi kitabnya قصص القرآن الكريم menjelaskan bahawa kisah Nabi Hud عليه السلام dalam surah al-Mu’minun mempunyai keunikan yang tersendiri sehingga terbatallah dakwaan yang menyatakan kerapnya kisah-kisah al-Quran berlakunya “pengulangan”.

Tidak disebut nama Nabi Hud dan kaum ‘Aad mempunyai hikmah yang bersesuaian dengan tema surah al-Mu’minun itu sendiri dan kedudukan surah itu sebagai surah “penghujung fasa Makkiah”, surah kesembilan turun kepada Nabi SAW dari sepuluh surah yang memaparkan kisah Nabi Hud dan kaum ‘Aad.

Surah al-Mu’minun bertemakan kemantapan iman. Fenomena tidak disebut nama (seperti nama Nabi dan nama kaumnya) itu sendiri menguji iman, adakah jelas pengajaran yang disampaikan atau masih berdebat mengenai perincian yang tiada keperluan.

Berniaga ke utara dan selatan,
Menemui tinggalan kaum Aad dan Thamud yang dimurkai Tuhan,
Depan mata melihat kawasan yang dimusnahkan,
Hingga menjadi buah mulut setiap kafilah pedagang,
Zaman berzaman,

Adakah masih belum membangkitkan iman,
Atau kalian Quraish hanya mencipta alasan,
Kononnya Tuhan tidak menyebut sebarang peringatan,
Sedangkan ini sudah surah yang kesembilan,
Rasul tidak menyampaikan atau telinga mengalami kepekakan ?

Wallahu a’lam

Syaari Ab Rahman
21 Zulhijjah 1441
Bangi

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started