WAJARKAH BUKU PEREMPUAN YANG BAIK-BAIK DITULIS OLEH SEORANG LELAKI ?

Wajar !

Kenapa ?

Kerana aku ingin memberitahu kaum lelaki bahawa al-Quran mendidik kita agar menyayangi ibu kita, mendidik isteri kita, menghormati adik kakak perempuan kita dan mengasihi anak-anak perempuan kita.

Ya, mereka ada kelemahan, namun apabila kena cara didikan, dasarnya penghormatan bukannya penghinaan, isteri al-‘Aziz kembali ke pangkal jalan, permaisuri Saba’ akhirnya menemui Tuhan, mereka keluar dari lembah kegelapan, taubat yang dilafaz menjadikan kisah mereka abadi dalam al-Quran.

Ya, lelaki itu boleh memilih menjadi segagah tumbukan Musa عليه السلام. Namun bukankah kisah ketokohan Musa dalam kitab suci ini bermula dari bakti-bakti kaum perempuan ?

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started