ADUHAI, BELUM SEMPAT BELEK TAFSIR YANG BARU DIBELI, KELUAR PULA TAFSIR YANG BARU.

Semoga Allah merahmati ulama tafsir dari Mesir, Shekh Ahmad bin Ahmad al-Thawil hafizhahullah, penulis واحة التفسير . Beliau telah mengambil masa 20 tahun untuk menyiapkan tafsir 15 jilid ini.

Inilah karya tafsir yang sepintas lalu saya mendapatinya kombinasi yang sangat harmonis antara tafsir maudhui’ surah dan tafsir bil ma’thur.

Ia selesai ditulis penulis pada tahun 2010 iaitu sepuluh tahun lepas. Penulis sendiri kini sudah berusia 78 tahun.

Saya kepilkan di sini sampel dari surah al- Qadar untuk rakan-rakan menilai sendiri manhaj pentafsiran beliau.

Juga dikepilkan prakata dari Dr Abdullah bin Abdul Muhsin al-Turki dari Rabithah Alam Islami dan sebahagian dari muqaddimah penulis.

Antara yang menyebabkan penulis menulis tafsir ini ialah beliau mendapati subjek paling sukar diajar oleh para pendakwah sepertinya yang menetap di Kanada, Amerika dan Britain untuk mengajar tafsir berbanding sirah, hadith, fiqh dan lain-lain.

Karya-karya tafsir yang dapat mereka rujuk pula agak terbatas perbincangannya pada sudut-sudut tertentu sahaja, tidak komprehensif.

Ada pula yang menggunakan laras bahasa yang tinggi dan ada juga bermudah-mudahan dalam mentafsirkan al-Quran menggunakan riwayat-riwayat yang dhaif dan Israiliyyat.

Paling penting menurutnya, bagaimana pengajaran dari ayat-ayat Allah itu dikhutbahkan dan disebarkan dengan bahasa yang mudah dan menarik minat manusia kepada al-Quran.

Pengalaman puluhan tahun penulis menyampaikan khutbah Jumaat di atas mimbar-mimbar masjid sama ada di Mesir atau Arab Saudi menjadikan apa yang dipaparkan dalam kitab tafsir ini tidaklah sebatas teks-teks tafsir yang tidak meraikan konteks semasa kaum Muslimin.

Penulis juga menyatakan kekesalannya kerana puluhan tahun berkhutbah dengan hampir 20 juzuk al-Quran telah disampaikan, namun tiada sebarang penulisan atau rakaman dilakukan kepada apa yang telah disediakan dan disampaikan.

Inilah antara kata-kata keramat merumuskan pengalaman beliau :

وتعلمتُ أن الخطيب الجيد هو الذي يحضَّر الخطبة تحضيرا جيدا ويأتي لمستمعيه في كل جمعة بموضوع جديد ، يشتغل بإعداده طوال الأسبوع ويلقيه ارتجالا لا تحريرا.

Dengan pengalaman itulah, anda sudah boleh meneka apakah keunikan ditawarkan dalam tafsir ini.

Wallahu a’lam

Terima kasih Dr Mardhiyah Kamal dari USIM kerana memaklumkan kitab ini. Jazahallah khairal jaza’.

Seperti biasa, sesiapa boleh bantu saya dapatkan karya tafsir ini, sudi-sudilah PM saya 😊

سلك المؤلف في الكتاب مسلك أهل العلم بالتأويل وألمّ بجوانب كثيرة من فنونه كالتقديم بين يدي السورة بما ورد فيها من فضائل ومناسبة ترتيبها مع ما قبلها.

وتلخيص ما اشتملت عليه من موضوعات وعُني ببيان ما في الألفاظ من وجوه القراءات معزوةً إلى رواتها من مشاهير القراء مع توجيهها في اللغة والنحو.

ونسج على منوال أهل التفسير بالمأثور فيستهل إيضاح الآية بما ورد فيها من أسباب النزول ثم ما يبينها من غيرها من آي القرآن ثم من السنة ثم مما أُثر عن مفسري الصحابة رضوان الله عليهم ثم مما أُثر عن مفسري التابعين رحمهم الله.

ويوثق ما يذكر من خبر أو أثر بعزو لمصدره الذي أخرجه من الصحاح والسنن والمسانيد والمعاجم وكتب التفسير المسندة ويتمم الإفادة ببيان حال المرويات من الصحة والضعف معتمدا في ذلك على أئمة هذا الشأن من الحفاظ النقاد.

حتى إذا استوفى ما في الآية من تفسير مأثور عمد إلى ما فيها من مفردات أو جمل تحتاج إلى إيضاح وبيان فعطف عليها بما يحلي معناها ويقربه للقارئ المستفيد في كلمات فصيحة وعبارات جزلة وأسلوب سهل متقارب.

وذيل تفسير الآيات المحكمات بالكلام على ما يتصل بمعناها من واقع الناس دون تكلف ولا تعسف مع استنباط فوائد في التربية والسلوك الاجتماعي وإيضاح بعض الأحكام التي اشتملت عليها الجمل القرآنية.

معالي الدكتور الشيخ عبد الله بن عبد

‎والحمد لله على ما هدانا إليه

Sumber: https://archive.org/details/wahatfsir/mode/2up

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started