MENGAMBIL TAFSIRAN YANG “SHAZ” (JANGGAL)

Mentafsirkan “menjadikan mereka kera” sebagai “menjadikan hati mereka seperti kera dan bukannya menjadikan tubuh badan mereka seperti kera” ialah contoh kesalahan dalam pentafsiran.

Ini kerana ia berpegang pada tafsir-tafsir yang ganjil yang bertentangan dengan tafsir jumhur salaf.

Meskipun ia pendapat al-Imam Mujahid RA, namun kita utamakanlah pendapat jumhur salaf agar sejahtera dalam interaksi dengan Kitabullah.

Hujah jumhur juga kuat.

Alhamdulillah, dalam isu Ashab al-Sabti disumpah menjadi kera, Shekh Dr Solah al-Khalidi dan almarhum Syed Qutb antara yang mendokong pendapat jumhur salaf sebagaimana dijelaskan dalam tafsir al-Tabari, Ibnu Abi Hatim, al-Qurthubi dan Ibnu Kathir.

Sebaliknya, Rashid Redha, al-Maraghi, Ibnu Asyur dan al-Maraghi mengambil pendapat Mujahid ini.

Maka, prinsip kita “buang yang keruh, ambil yang jernih”.

Semoga Allah merahmati semua para ulama tafsir ketika memberikan pendapat dan tadabbur terbaik mereka kepada ummat meskipun mereka berbeza pendapat sesama mereka.

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started