ALUMNI DAURAH KISAH NABI IBRAHIM AS DAN KISAH NABI MUSA AS WAJAR MILIKI KARYA INI

Ia sebuah karya yang berusaha menggambarkan kesan al-Quran apabila “berjumpa” dengan apa yang disebut budaya bangsa yang rencam.
Mengambil sampel dari kisah yang paling diminati masyarakat iaitu kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, penulis mengkaji sejauhmana dua kisah ini memberi bekas dan makna baru pada bangsa Indonesia menerusi peranan dua tafsir Indonesia, al-Azhar dan al-Misbah.
Sejauhmana dua tafsir ini meneruskan bicara kisah dua Nabi ini, adakah sekadar mengulang dan menterjemah tafsir-tafsir Timur Tengah atau ada “tadabbur” iaitu makna baru dihadirkan atau ditawarkan kepada masyarakat Indonesia dengan segenap kerencaman budaya dan bangsanya.
Dalam perkataan lain,
Sejauh manakah kisah Nabi Ibrahim dengan kaum penyembah planet, bulan dan matahari, atau kisah Nabi Ibrahim membina Baitullah, atau kisah Nabi Ibrahim berdakwah kepada ayahnya, atau kisah Nabi Ibrahim dengan Namrud, atau kisah Nabi Ibrahim nyaris menyembelih Ismail, berjaya dipotretkan dua mufassir Indonesia ini dengan ibrahnya mengena dengan latar belakang budaya Indonesia yang beragam ?
Bacalah bab 3 buku ini.
Dalam perkataan lain,
Sejauhmanakah kisah kelahiran Musa, atau kisah perkelahian Musa dengan Qibti, atau kisah Lembah Thuwa, atau kisah mengadap Firaun, atau kisah Musa memimpin Bani Israil dengan pelbagai mukjizat, atau kisah dakwah kepada Qarun, atau kisah berguru dengan Khidir, sejauhmanakah dua tafsir ini membuktikan keunggulannya sama ada sekadar mengungkap tafsir dan fakta linguistik yang mencengangkan atau ada padanya kelainan seperti fakta sosial yang pesan-pesannya sangat releven dan membangunkan peradaban manusia ?
Bacalah bab 4 buku ini.
Dalam perkataan lain,
Sejauhmanakah nilai al-Quran menerusi dua kisah Nabi ini boleh ditawarkan kepada masyarakat Indonesia seperti tawaran suapan makanan kepada seorang dalam kebuluran kehilangan makanan berbelas-belas jam ?
Dalam perkataan mudah,
Sejauhmana dua mufassir ini menggunakan dua kisah Nabi ini untuk berusaha menegur, memperbetul atau mengubah bangsa Indonesia.
Pastinya mengolah tadabbur ayat-ayat Allah sebagai solusi permasalahan ummah memerlukan pematuhan disiplin tafsir bil ra’yi yang kemas dan penuh sikap kehati-hatian !
Selamat membaca !
Selamat membuat kajian lanjutan, menukar kajian dari bangsa Indonesia kepada bangsa Malaysia !
Syaari Ab Rahman
26 Jamadil Akhir 1441 H
Bangi
Leave a comment