KESALAHAN DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN

Antara kesalahan dalam pentafsiran al-Quran ialah mendahulukan aspek kebahasaan (berasaskan pepatah atau syair-syair klasik Arab) mengatasi athar yang sahih.

Ia seperti dalam kisah Nabi Yahya AS, adanya ahli tafsir mengatakan مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّه bermakna “membenarkan al-Kitab dari Allah” sedangkan ia bermakna “Isa bin Maryam” AS.

Ia juga seperti dalam kisah perihal Mesir selepas 7 tahun kedua, adanya ahli tafsir mengatakan وَفِيهِ يَعْصِرُونَ bermakna “bebas dari bencana kemarau dan kebuluran” sedangkan ia bermakna “banyaknya nikmat dan kebaikan, dapatnya memerah buah anggur untuk dijadikan arak, buah zaitun untuk dijadikan minyak”

Rujukan :
“Sebab-Sebab Kesalahan Dalam Pentafsiran”
Dr. Tahir Mahmud Muhammad Ya’qub

Wallahu a’lam

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started