RESENSI BUKU: SUNGGUH, ALLAH MENYAPA KITA

BAGAIMANAKAH PERASAAN SEANDAINYA DARI JUTAAN RAKYAT JELATA, RAJA YANG SANGAT KITA KAGUMI MEMANGGIL KITA ?

ATAU KEKASIH PALING DICINTAI MEMANGGIL KITA ?

Antara tangkapan saya di kedai buku Jejak Tarbiyah iaitu sebuah karya terjemahan dari judul asal إنه سبحانه ينادينا .

Karya ini mengenai 89 ayat-ayat “Wahai orang-orang yang beriman” dalam al-Quran.

Karya 366 halaman ini (artikel asal 118 halaman) sangat bagus untuk didaurahkan oleh-oleh asatizah-asatizah bidang tafsir kepada awam.

Dr Uthman Qadri Mukanisi, seorang pendakwah dan penyair kelahiran bumi Syria ada menulis hampir 20 karya-karya lain bertemakan al-Quran, al-Sunnah dan Sirah Nabawiyah.

PhD pertama beliau di Azerbaijan pada tahun 1998 mengenai peranan syair-syair Arab semasa era pembukaan dan perluasan khilafah Uthmaniyyah.

Konflik perang dan bencana kemanusiaan menguji bumi Syria tidak menghalangnya memperolehi PhD kedua dalam bidang Usuluddin pada tahun 2018. Kajian beliau kali ini mengenai falsafah akhlak dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Menerusi karya “Sungguh, Allah Menyapa Kita” ini, beliau menemui 38 tema dari 89 ayat-ayat “Wahai orang-orang yang beriman”.

Terima kasih Penerbit Qalam dari Indonesia atas inisiatif menterjemahkannya bagi manfaat kita semua.

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started