LAUT MERAH: PERMULAAN & PENGAKHIRAN EPISOD PERJUANGAN NABI MUSA AS

Satu perkara yang menarik apabila babak paling akhir menutup tirai kisah penentangan Firaun dan babak paling awal sekali membuka tirai kisah Bani Israil ialah lafaz permulaan kedua-dua ayat yang sama, وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ !

Laut Merah, itu titik pengakhiran dan titik permulaan sebuah perjuangan yang belum selesai.

Laut Merah, pertemuan dua lautan pengalaman, selautan pengalaman berharga mendidik di kaum Firaun yang telah berlaku, selautan pengalaman mendidik kaum Bani Israil yang bakal berlaku.

Dua lautan pengalaman Musa AS yang sangat berharga buat Baginda SAW di Makkah dan Madinah.

Yunus, 10 : 90

وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتْبَعَهُمْ فِرْعَوْنُ وَجُنُودُهُ بَغْيًا وَعَدْوًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)”.

Al-A’raaf, 7 : 138

وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ فَأَتَوْا عَلَىٰ قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَىٰ أَصْنَامٍ لَّهُمْ ۚ قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَل لَّنَا إِلَٰهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ ۚ قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ

Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: “Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan”. Nabi Musa menjawab: “Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.

Rujukan :
Tafsir Surah Yunus
Dr Ahmad Nawfal

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started