RESENSI BUKU: 25 AYAT AL-QURAN PILIHAN

Baru baca muqaddimah, terus terinspirasi mahu menulis mengenai 50 ayat-ayat pilihan berkenaan kisah-kisah al-Quran dengan mengambil sudut pandang seorang ulama tafsir dari India, Abu al-A’la al-Maududi. Ustaz Hilal Asyraf banyak mengangkat sudut pandang al-Marhum Syed Qutb (moga dikurniakan syahid) yang membuka minda kita kepada tadabbur 25 ayat pilihannya.
.
.
Kesempatan berinteraksi dengan Englishtafsir.Com dan Tafhim al-Quran beliau semasa di “Ibrah” IKIM 2012-2017, saya menemui beberapa buah pandangan dan tadabbur al-Maududi yang bersifat luar jangkaan, menarik untuk dikongsikan kepada awam bagi memperolehi kejelasan makna yang lebih baik kepada satu-satu kisah dalam al-Quran.
.
.
Kalau ada yang pernah membelek Kompas 114, saya beri kredit khas kepada beliau dalam hal-hal “Sirah Di Sebalik Surah”.
.
.
Kalau ada yang pernah membelek Indahnya Pesan Luqman, akan jumpa pendapat menarik beliau mengenai makna “bersederhana dalam berjalan” yang dipesan Luqman RA berkenaan.
.
.
Kini, saya bercadang ketengahkan lagi ulama India ini sebagai satu bentuk amal bakti menimbulkan keinginan netizen kepada Tafsir Tafhim al-Quran.

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started