Memberi isyarat-isyarat menggunakan lisan atau mata atau tangan untuk tujuan menghina orang lain (al-Lamzu), sebenarnya pelakunya itu sedang menghina dirinya sendiri tanpa disedari.

Ini kerana orang-orang beriman itu bersaudara (ayat sebelumnya iaitu ayat 10) dan Nabi SAW memperumpamakan persaudaraan kaum Mukminin ini seperti satu tubuh (dengan segala anggota tubuh yang bersatu dan menjalankan fungsi masing-masing).
Maka, menghina satu bahagian dari tubuh bermakna menghina tubuh yang turut sama dikongsi penghina berkenaan.
Seseorang yang tidak suka kebaikan berlaku kepada saudaranya seorang Mukmin, sebenarnya dia sedang menafikan kebaikan yang sama berlaku kepada dirinya sendiri.
Terima kasih al-Imam al-Tabari RH atas tadabbur yang dikongsikan.
Leave a comment