Seperti biasa, “geng Al-Quran kitab ramal bala bencana” ini akan muncul.

Saudara, para ulama tafsir akan mengambil ibrah dari al-Quran pada sesuatu isu menerusi mana mana ayat yang jelas makna dan pengajarannya, bukan dengan bermain angka sebegini.
Saudara, surah al-Ahzab bukan sekadar kisah “balas dendam” dari langit kepada kafir. Bacalah dengan teliti dari awal hingga akhir.
Pembalasan dari Allah itu datang selepas kaum Mu’minin melengkap syarat-syarat menerima bantuan Allah iaitu ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada uswah hasanah, Rasulullah SAW dan banyaknya tuntutan-tuntutan disenaraikan dalam surah itu yang telah kita abaikan.
Bacalah surah ini agar seluruh kaum mukminin dan muslimin menjadikan setiap musibah sebagai muhasabah diri sejauhmana kita sudah melengkapkan diri dengan kualiti kaum Mu’minin menjelang peperangan Ahzab sehingga mereka meraih bantuan Allah SWT ke atas musuh mereka yang lebih ramai berlipat kali ganda.
Berhentilah membesarkan agenda musuh lebih dari membesarkan Allah عز وجل !
Leave a comment