
Bukanlah yang dimaksudkan bahtera itu kekal sebagai peringatan dengan maksud zat atau acuan fizikal yang membentuk bahtera itu dikekalkan di atas bukit Judiyy.
Tetapi yang dimaksudkan ialah setiap bahtera yang dicipta selepas itu hendaklah dilihat sebagai sebuah peringatan.
Bahawa sesiapa juga yang menaiki bahtera dan berlayar di lautan, hendaklah mengingati peristiwa banjir besar yang Allah SWT telah menenggelamkan seluruh orang-orang kafir dan mengekalkan kehidupan seluruh orang-orang yang beriman bersama Nabi Nuh عليه السلام.
Atas dasar apa mereka ditenggelamkan sedangkan kalangan mereka ada yang berjaya melarikan diri ke puncak pergunungan ?
Atas dasar apa pula ada yang diselamatkan sedangkan logiknya ombak setinggi gunung boleh menenggelamkan bahtera yang kali pertama dicipta ditambah pula dengan kesaratan muatan dari manusia beriman dan binatang ?
Zaman sentiasa berubah, hati manusia kekal sama.
Pilihlah antara dua, iman atau kufur kepada-Nya.
Wallahu a’lam
Rujukan :
Al-Qasas Al-Qurani
Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi
Leave a comment