HIKMAH TIDAK DINYATAKAN BILANGAN PEMUDA AL-KAHFI

Mengapakah Allah SWT tidak terus mengumumkan jumlah sebenar pemuda al-Kahfi ialah tujuh orang ?

Bukankah Dia Maha Mengetahui lalu lebih baik Dia SWT memuktamadkan tanpa khilaf ?

Mengapa Dia SWT membuka ruang perbezaan pandangan berkenaan ?

Ini kerana Allah SWT mahu mendidik bahawa setiap kisah al-Quran yang dipaparkan akan menguji pembacanya adakah dia berjaya mencari “isi-isi penting” iaitu ibrah atau dia mencari yang kurang penting atau sibuk membahas perkara tiada faedah kepada iman dan amalnya.

Sesungguhnya isi penting dari kisah pemuda al-Kahfi ialah mereka pemuda yang dipermudahkan urusan mereka di dunia oleh Allah SWT kerana mereka memilih untuk beriman di zaman fitnah.

Sesungguhnya isi penting dari kisah pemuda al-Kahfi ialah Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, maka sesiapa bersama dengan-Nya, tiada sesiapa mampu menimbulkan keburukan kepadanya melainkan dengan izin, hikmah dan belas kasihan-Nya.

Sesungguhnya isi penting dari kisah pemuda al-Kahfi ialah keimanan kepada Allah SWT dan kekuasaan-Nya memberi karamah dan bantuan kepada mereka yang berwalikan Allah di zaman fitnah dan manusia memilih kekufuran.

Tafsir Ayat 22
Surah al-Kahfi
Dr Muhammad Ratib al-Nabulsi

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started