MEMPERBAHARUI SEMANGAT PASUKAN BADAR PADA SETIAP HARI JUMAAT

Beruntunglah mereka yang menghafal al-Quran 114 surah!

Al-Quran, apabila dihubungkan antara ayat-ayat dan surah-surah dengan dalil-dalil hubungan yang kuat dan kukuh, pasti menawarkan cahaya hidayah dan ibrah yang lebih jelas tanpa disangka-sangka pembaca.

Apabila al-Kahfi merakamkan وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ dan al-Anfaal merakamkan وَلِيَرْبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ iaitu kukuhnya ikatan iman dalam hati mereka dan kukuhnya ikatan hati sesama mereka, lalu kita menemui adanya persamaan yang indah berlaku antara kedua-dua kem kaum Mukminin berkenaan meskipun selang masa kedua mereka berjauhan.

PERTAMA

Kedua-dua kaum mukminin telah keluar dari tanah air dan kediaman masing-masing dengan tidak mengetahui langsung apa akan berlaku kepada mereka di destinasi baru yang ditetapkan Allah SWT. Mereka tahu mereka perlu ke mana, namun mereka tidak ada sebarang idea apa bakal berlaku di sana.

Al-Kahfi

وَإِذِ اعْتَزَلْتُمُوهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّهَ فَأْوُوا إِلَى الْكَهْفِ يَنشُرْ لَكُمْ رَبُّكُم مِّن رَّحْمَتِهِ وَيُهَيِّئْ لَكُم مِّنْ أَمْرِكُم مِّرْفَقًا

Al-Anfaal

كَمَا أَخْرَجَكَ رَبُّكَ مِن بَيْتِكَ بِالْحَقِّ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ لَكَارِهُونَ

KEDUA

Kedua-dua kaum mukminin telah dididik Allah agar meninggalkan perdebatan dalam perkara yang tidak seharusnya berlakunya perdebatan, bahkan menyerahkan urusan dan keputusan hal berkenaan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya kerana keduanya lebih mengetahui hakikat dan jawapan yang sebenar.

Al-Kahfi

وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْ ۚ قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ ۖ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ۚ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ

Al-Anfaal

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَنفَالِ ۖ قُلِ الْأَنفَالُ لِلَّهِ وَالرَّسُولِ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَصْلِحُوا ذَاتَ بَيْنِكُمْ ۖ وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

KETIGA

Dipaparkan kisah keduanya dengan permulaannya ialah babak doa yang dilafazkan dengan bersungguh mengharapkan bantuan Allah SWT dan memutuskan sepenuhnya pergantungan dengan makhluk.

Al-Kahfi

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Al-Anfaal

إِذْ تَسْتَغِيثُونَ رَبَّكُمْ فَاسْتَجَابَ لَكُمْ أَنِّي مُمِدُّكُم بِأَلْفٍ مِّنَ الْمَلَائِكَةِ مُرْدِفِينَ

KEEMPAT

Ditekankan perihal akhlak dan kualiti mereka yang mesti diteladani iaitu kualiti iman dan amal mereka lebih dari nama-nama dan perincian cerita setiap batang tubuh mereka.

AL-Kahfi

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Al-Anfaal

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

KELIMA

Dicampakkan rasa mengantuk, tiada kekuatan menangkis rasa mengantuk berkenaan, lalu akhirnya tertidur sebelumnya esoknya diperlihatkan Allah SWT dengan kemenangan.

Tidur, makhluk yang diciptakan Allah SWT untuk memisahkan diri dari ketakutan agar kerehatan fizikal dan mental sebaiknya diperolehi pasukan beriman.

Al-Kahfi

فَضَرَبْنَا عَلَىٰ آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا

Al-Anfaal

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِّنْهُ

إِذْ يُرِيكَهُمُ اللَّهُ فِي مَنَامِكَ قَلِيلًا ۖ وَلَوْ أَرَاكَهُمْ كَثِيرًا لَّفَشِلْتُمْ وَلَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ سَلَّمَ ۗ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

KEENAM

Dididik Allah SWT agar memandang harta sebagai ujian dan زينة, maka kedua-dua kisah memaparkan pilihan yang dibuat untuk meninggalkan medan yang kurang risikonya, غَيْرَ ذَاتِ الشَّوْكَةِ dan memilih medan antara hidup dan mati demi memelihara dan mempertahan maruah agama.

Al-Kahfi

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

وَإِذِ اعْتَزَلْتُمُوهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّهَ فَأْوُوا إِلَى الْكَهْفِ يَنشُرْ لَكُمْ رَبُّكُم مِّن رَّحْمَتِهِ وَيُهَيِّئْ لَكُم مِّنْ أَمْرِكُم مِّرْفَقًا

Al-Anfaal

وَإِذْ يَعِدُكُمُ اللَّهُ إِحْدَى الطَّائِفَتَيْنِ أَنَّهَا لَكُمْ وَتَوَدُّونَ أَنَّ غَيْرَ ذَاتِ الشَّوْكَةِ تَكُونُ لَكُمْ وَيُرِيدُ اللَّهُ أَن يُحِقَّ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَيَقْطَعَ دَابِرَ الْكَافِرِينَ

KETUJUH

Dicampakkan Allah SWT الرعب iaitulah ketakutan dalam hati musuh-musuh yang memerhatikan mereka.

Al-Kahfi

لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا

Al-Anfaal

إِذْ يُوحِي رَبُّكَ إِلَى الْمَلَائِكَةِ أَنِّي مَعَكُمْ فَثَبِّتُوا الَّذِينَ آمَنُوا ۚ سَأُلْقِي فِي قُلُوبِ الَّذِينَ كَفَرُوا الرُّعْبَ فَاضْرِبُوا فَوْقَ الْأَعْنَاقِ وَاضْرِبُوا مِنْهُمْ كُلَّ بَنَانٍ

KELAPAN

Adanya tentera-tentera ghaib yang tidak kelihatan di mata kasar, telah diutuskan untuk memelihara tubuh orang beriman dari kesakitan, kecederaan dan kecelakaan.

Al-Kahfi

وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِ ۖ وَكَلْبُهُم بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِ ۚ

Al-Anfaal

فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ قَتَلَهُمْ ۚ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ رَمَىٰ ۚ وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلَاءً حَسَنًا ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

KESEMBILAN

Meskipun kelaparan, peliharalah makanan dan minuman dari sumber-sumber haram dan syubuhat. Gunakan harta yang dikurniakan Allah SWT agar ada barakah pada rezeqi berkenaan.

Al-Kahfi

فَابْعَثُوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ

Al-Anfaal

فَكُلُوا مِمَّا غَنِمْتُمْ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

KESEPULUH

Sama ada mereka bertujuh atau tiga ratus tiga belas, mereka kekal minoriti, jumlah mereka sangat kerdil berbanding jumlah yang kafir.

Namun, angka yang besar tidak penting di sisi Allah SWT asalkan yang sedikit itu beriman dan bertaqwa.

Dengan iman dan disiplin berjemaahlah, seseorang mukmin didekatkan Allah SWT dengan rahmat dan kemenangan dari-Nya berbanding duduk bersendirian.

Al-Kahfi

نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

سَيَقُولُونَ ثَلَاثَةٌ رَّابِعُهُمْ كَلْبُهُمْ وَيَقُولُونَ خَمْسَةٌ سَادِسُهُمْ كَلْبُهُمْ رَجْمًا بِالْغَيْبِ ۖ وَيَقُولُونَ سَبْعَةٌ وَثَامِنُهُمْ كَلْبُهُمْ ۚ قُل رَّبِّي أَعْلَمُ بِعِدَّتِهِم مَّا يَعْلَمُهُمْ إِلَّا قَلِيلٌ ۗ فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا مِرَاءً ظَاهِرًا وَلَا تَسْتَفْتِ فِيهِم مِّنْهُمْ أَحَدًا

Al-Anfaal

وَاذْكُرُوا إِذْ أَنتُمْ قَلِيلٌ مُّسْتَضْعَفُونَ فِي الْأَرْضِ تَخَافُونَ أَن يَتَخَطَّفَكُمُ النَّاسُ فَآوَاكُمْ وَأَيَّدَكُم بِنَصْرِهِ وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَابِرُونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ

RUMUSAN DAN PENEGASAN

Demikianlah persamaan kisah antara al-Kahfi dan al-Anfaal.

Sesungguhnya harta dan kuasa bukanlah sumber pergantungan manusia melainkan seperti seumpama seseorang yang berlindung pada sarang-sarang labah yang lemah!

Al-Kahfi

إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Al-Anfaal

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Wallahu a’lam.

‎والله الموفق للصواب، وإليه المرجع والمآب

Syaari Ab Rahman
Bangi
16 Rabiul Akhir 1441 H

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started