MENYINGKAP TABIR HUDAIBIYYAH

Kaum muslimin mahu mengubat rindu pada Baitullah, sedangkan Allah berkehendak agar Islam tersebar ke seluruh tanah Arab. Sungguh Allah mahu kebaikan yang lebih besar pada dunia ini ketika kita mungkin berfikir sebatas kemahuan peribadi. Meskipun “Muhammad Rasulullah” berjaya menggembirakan Quraish kerana dipadamkan dari surat perdamaian Hudaibiyah, namun mereka lupa bahawa cop mohor “Muhammad Rasulullah” pada surat-surat Baginda telah sampai ke tangan para pemimpin Romawi, Parsi, Ghassan, Yaman, Mesir dan Abisinia. Semoga Allah merahmati generasi al-Quran, para Sahabat رضي الله عنهم أجمعين kerana merekalah Yusuf-Yusuf yang “mentafsirkan” makna mimpi Rasul dalam surah al-Fath.

Sumber : Muhammad SAW Super Leader Super Manager, Dr Syafie Antonio

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started