HIKMAH PEMBUKAAN SURAH DENGAN AYAT-AYAT KAUNIYAH

Setiap surah yang turun, pasti ada isu atau masalah tertentu melatari penurunan surah berkenaan.

Baki lagi, isu-isu atau sebab-sebab penurunan surah berkenaan, ada yang sampai, ada yang tidak sampai kepada kita.

Yang pasti, tidaklah sedikit surah-surah al-Quran, meskipun ada pelbagai isu khusus menimpa Nabi SAW atau para Sahabah RA, tetapi permulaan surah mengajak kita merenung langit dan bumi. Bahkan Allah bersumpah dengan makhluk-makhluk ini.

Seolah-olah Allah SWT ingin mendidik kita bahawa apa jua masalah yang dihadapi, jangan lupa untuk memerhatikan alam ciptaan Ilahi.

Tariklah nafas sedalam-dalamnya. Nikmatilah. Lontarkan seketika apa yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku.

Bertafakkurlah.

Alam di sekeliling itulah guru kehidupan. Padanya bersembunyi segala jawapan dari Tuhan.

Apa jua kesempitan yang dihadapi, alam dan Penciptanya menyeru kepada keluasan jiwa, menyeru kepada sebuah keyakinan.

Bahawa selepas kesulitan pasti datanglah kesenangan.

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started