MENJADI MANUSIA BERPRINSIP DI AKHIR ZAMAN YANG MENGUJI

Isu itu datang dan pergi. Yang panas dan hangat seketika cuma, lalu sejuklah ia dimakan hari.

Malanglah yang gemar menari bersama isu, diulas tanpa ilmu, hilang pertimbangan dosa pahala, tanpa disedari.

Ajaibnya al-Quran !

Ia turun kerana pelbagai isu yang melatari, tetapi jarang ayat pertama setiap surah sudah menyentuh isu itu sendiri. Dikemudiankan menjawab sesuatu isu secara terperinci, didahulukan prinsip yang hendaklah sentiasa diingati.

Apa jua isu yang melatari, sering kali al-Quran membuka tirainya dengan membesarkan Allah, mengingatkan agungnya kalam Allah, menyeru manusia melihat alam dengan kekal bertasbih kepada Allah.

Agar sepanjang menghadapi apa jua isu, jangan sampai makhluk yang dibesarkan lebih dari Tuhan.

Agar sepanjang menghadapi apa jua isu, jangan sampai al-Quran ditinggalkan tanpa bacaan.

Agar sepanjang menghadapi apa jua isu, jangan tenggelam dalam kesempitan fikiran.

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started